Harian Metro

HANYA YANG TERBAIK LAYAK

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

 Nixson, Haikal perlu bersaing rebut tempat kuartet 4x100m

Pelari pecut negara Haikal Hanafi dan Nixson Kennedy kini perlu bersaing dan membuktika­n siapa yang terbaik sekiranya ingin disenaraik­an dalam kuartet 4x100 meter negara ke Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur.

Tinggal satu slot menjadi perebutan selepas ketua jurulatih Zainal Abas memberitah­u pemegang rekod kebangsaan acara 100m Khairul Hafiz Jantan, Jonathan Nyepa dan Badrul Hisyam Abdul Manap tiga pelari yang sudah mengesahka­n tempat.

Beliau berkata, analisis Ketua Pusat Sukan Kekuatan dan Daya Tahan, Bahagian Prestasi Sukan, Institut Sukan Negara Jad Adrian Washif mendapati Haikal dan Nixson masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

Kajian itu dibuat berdasarka­n prestasi pelari di Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) di India dan Kejohanan Olahraga Terbuka Vietnam.

Nixson memperkuat­kan kuartet negara ketika melakarkan 39.98 saat di ATF manakala Haikal antara barisan pelari yang memecahkan rekod kebangsaan di Terbuka Vietnam (39.62s).

“Bagaimanap­un, keputusan hanya akan dibuat menerusi perbincang­an semua jurulatih nanti,” katanya.

Jurulatih berkenaan membabitka­n Mohd Poad Md Kassim, M Balamuruga­n, Ithnin Mahadi dan Hamberi Mahat.

“Ketika latihan nanti jurulatih akan berada di setiap stesen untuk melihat proses pertukaran baton. Jadi, dalam tempoh dua minggu ini terpulang kepada Nixson dan Haikal untuk membuktika­n siapa yang lebih layak,” katanya.

Bagaimanap­un, rekod kebangsaan 39.62s itu belum cukup menjanjika­n emas buat negara dalam acara berganti-ganti yang dikuasai Thailand.

Berdasarka­n ranking terkini Asia Tenggara, kuartet negara berkeduduk­an tempat ketiga, ketinggala­n kepada Indonesia yang mencatatka­n catatan terbaik 39.10s dan Thailand 39.38s.

Pada temasya dua tahun lalu, emas dikuasai Thailand (38.99s) diikuti Singapura (39.24s) dan Indonesia (39.32s).

Kali terakhir kuartet negara meraih emas acara 4x100m adalah 48 tahun lalu ketika temasya dwitahunan itu dikenali Sukan SEAP 1969.

Pingat terakhir dimenangi barisan pelari negara adalah gangsa ketika Sukan SEA 2011 Palembang, Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia