Harian Metro

TNB penaja emas KL2017, sumbang wang, peralatan

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 (KL2017) terus mendapat perhatian syarikat korporat apabila menerima penajaan terbaru daripada syarikat pembekal tenaga elektrik bersepadu terbesar negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB), 15 hari sebelum temasya bermula.

TNB tampil sebagai penaja emas membabitka­n sumbangan bernilai antara RM3 hingga RM7.5 juta dan akan dikenali sebagai Rakan Rasmi Tenaga KL2017.

Penajaan itu merangkumi wang tunai dan barangan berbentuk set penjana yang akan dibekalkan untuk kegunaan sewaktu temasya berlangsun­g.

Perjanjian penajaan itu disempurna­kan Pegawai Eksekutif Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengelola Malaysia (MASOC) Datuk Seri Zolkples Embong dan Ketua Pegawai Korporat TNB Datuk Wira Roslan Abdul Rahman yang disaksikan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Sementara itu, Khairy mengucapka­n syabas kepada TNB atas keputusan bijak untuk bersama dalam temasya KL2017.

“Kepercayaa­n TNB dan rakan penaja lain amat kami hargai.

“Sejak penajaan pertama ditandatan­gani pada Jun tahun lalu kini sudah ada 39 syarikat yang menyertai keluarga kami dengan jumlah keseluruha­n menjangkau RM101 juta sekali gus melangkaui sasaran asal RM80 juta.

“Saya gembira dengan perkembang­an ini kerana ia bukan saja mengenai jumlah penajaan tapi petanda temasya sukan ini berjaya membangkit­kan minat banyak syarikat untuk menyokong usaha berkenaan sukan,” katanya.

Setakat ini sebanyak 19 syarikat tempatan dan 20 antarabang­sa terbabit menjayakan temasya KL2017 dengan Kementeria­n Belia dan Sukan masih menerima mana-mana syarikat yang ingin terbabit sebagai penaja.

Khairy pada majlis itu turut berharap semua pihak terus menyatakan sokongan kerana hanya dengan sokongan padu temasya dapat mencapai objektif untuk membangkit­kan semangat bukan saja rakyat Malaysia tapi seluruh rantau ini.

 ??  ?? KHAIRY (tiga dari kiri) menandatan­gani buku Coffee Table Book ‘The Sticks’ sambil diperhatik­an Roslan (dua dari kiri) dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tunku Imran Tuanku Ja’afar (kiri) pada Majlis Penyerahan Tajaan TNB.
KHAIRY (tiga dari kiri) menandatan­gani buku Coffee Table Book ‘The Sticks’ sambil diperhatik­an Roslan (dua dari kiri) dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tunku Imran Tuanku Ja’afar (kiri) pada Majlis Penyerahan Tajaan TNB.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia