Harian Metro

Sedia beraksi acara individu

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

 Chi Wing gembira dengan persiapan makin lancar

“Saya bersedia jika khidmat diperlukan dalam acara individu,” janji pemain perseorang­an lelaki negara, Lim Chi Wing walaupun dia hanya disenaraik­an dalam acara berpasukan untuk Sukan SEA.

Menurut penyandang juara kebangsaan itu, dia sentiasa bersedia dengan apa

(gambar)

saja percaturan jurulatih atau Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tetapi sekarang ini fokusnya hanya terhadap acara berpasukan lelaki.

“Saya memang sentiasa bersedia jika jurulatih memilih untuk acara individu tapi berharap kedua-dua rakan saya (Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Lee Zii Jia) sentiasa sihat tanpa berdepan sebarang masalah kecederaan,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Jelasnya, persiapann­ya menjelang Sukan SEA juga berjalan lancar walaupun sesi latihan kali ini sangat sukar di bawah bimbingan ketua jurulatih perseorang­an Datuk Misbun Sidek.

“Semuanya dalam keadaan baik dan kami juga sentiasa memberikan yang terbaik dalam latihan. Perancanga­n diterapkan jurulatih juga berada pada landasan betul.

“Saya rasa kehadiran Misbun membuatkan saya lebih jelas dengan cara permainan dan keadaan fizikal juga bertambah baik,” kata pemain berusia 22 tahun itu.

Chi Wing yang sekarang ini menghuni ranking 101 dunia mengakui masih ada beberapa lagi masalah yang perlu diselesaik­an.

“Memang saya masih mempunyai masalah dan kelemahan yang perlu diperbaiki tapi Misbun sentiasa menasihati serta memberikan kata-kata berbentuk motivasi kepada saya.

“Saya juga merasakan skuad perseorang­an lelaki lebih banyak bekerjasam­a dan berada dalam keadaan baik setakat ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia