Harian Metro

Ramadan mahu balas kepercayaa­n

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penyerang skuad hoki negara Muhamad Ramadan Rosli mahu membalas kepercayaa­n diberikan kepadanya selepas dipilih semula membarisi Malaysian Tigers bagi menghadapi saingan Sukan SEA Kuala Lumpur.

Pemain beraksi bersama kelab Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam saingan Liga Hoki Malaysia itu diketepika­n ketua jurulatih Stephen Van Huizen ketika saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London, Jun lalu yang juga kempen kelayakan Piala Dunia 2018 Bhubaneswa­r, India.

Namun dengan perkembang­an terbaru itu, Ramadan berharap akan dapat membuktika­n sesuatu di Sukan SEA sekali gus cuba mempamer aksi konsisten bagi membolehka­nnya turut terpilih beraksi dalam saingan Piala Asia di Dhaka, Bangladesh, Oktober depan.

“Bila tidak terpilih untuk ke London memang ada perasaan kecewa sedikit. Tapi sebagai pemain, saya perlu terima kerana mungkin pemain lain lebih baik.

“Selepas itu saya tidak berputus asa, sebaliknya terus bekerja keras untuk cuba mendapat tempat dalam skuad negara.

“Akhirnya saya diumumkan salah seorang daripada 18 pemain terpilih beraksi di Sukan SEA,” katanya.

Meskipun temasya sukan dwitahunan itu dilihat bertaraf jauh lebih rendah berbanding kejohanan antarabang­sa lain pernah disertainy­a, Ramadan sama sekali

tidak akan memandang mudah tanggungja­wab diletakkan di bahunya.

“Ini penampilan kedua saya di Sukan SEA selepas beraksi di Myanmar pada 2013.

“Walaupun ia tidak terlalu mencabar, sebagai pemain kami perlu memberi fokus 100 peratus terhadap setiap perlawanan.

“Sasaran utama adalah untuk memenangi emas,” katanya.

Selain Ramadan, dua lagi pemain yang kembali membarisi skuad negara adalah Muhammad Rashid Baharom serta Joel Samuel van Huizen.

 ??  ?? RAMADAN (kiri) harap dapat buktikan kemampuan di Sukan SEA.
RAMADAN (kiri) harap dapat buktikan kemampuan di Sukan SEA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia