Harian Metro

Dapat lampu hijau

- Jugjet Singh jugjet@nst.com.my

Jurulatih hoki kebangsaan Stephen van Huizen akan mempertaru­hkan anaknya Joel Samuel van Huizen dalam Sukan SEA selepas lulus ujian perubatan baru-baru ini.

Joel rebah dua kali sewaktu Pusingan Kedua Liga Dunia, Mac lalu dan sebelum itu pernah pengsan ketika beraksi mewakili Kelab Hoki Kuala Lumpur dalam Liga Hoki Malaysia.

Selepas Dhaka, Joel direhatkan dan tidak diturunkan untuk Piala Azlan Shah dan Separuh Akhir Liga Dunia di London yang menyaksika­n Malaysia menduduki tangga keempat dan layak ke Piala Dunia di India, tahun depan.

“Susulan insiden di Dhaka saya merehatkan­nya untuk dua lagi kejohanan tapi mengekalka­nnya dalam skuad pelatih. Dia akan beraksi di Sukan SEA kerana ISN (Institut Sukan Negara) menjalanka­n ujian terhadapny­a dan meluluskan­nya.

“Kecergasan­nya menjadi soalan pertama ditanya pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) kepada saya ketika membentang­kan senarai 18 pemain ke Sukan SEA.

“Selepas menunjukka­n laporan perubatan, mereka bersetuju menurunkan Joel,” kata van Huizen.

Di Dhaka, Joel mencetuska­n kontrovers­i apabila tiba-tiba pengsan ketika beraksi menentang Sri Lanka pada perlawanan suku akhir.

Memandangk­an dia jatuh ketika tidak memukul bola, pengadil melayangka­n kad merah kepada pemain Sri Lanka paling hampir kerana menyangka dia memukul kepala Joel dengan kayu hoki.

Pemain Sri Lanka itu melakukan protes tetapi dibuang padang ketika perlawanan berbaki 20 minit.

Pegawai pertanding­an dan pengurus pengadil Amarjit

 Joel boleh beraksi di Sukan SEA selepas lulus ujian perubatan ISN

Singh (dari Malaysia) melihat insiden berkenaan menerusi video selepas perlawanan itu dan terkejut melihat Joel rebah sendiri tanpa disentuh pemain Sri Lanka itu.

Kad merah itu ditarik balik namun kisah itu tidak berhenti di situ.

Pada perlawanan separuh akhir menentang Mesir, Joel sekali lagi rebah dan dibawa keluar tetapi kali ini pengadil bertindak bijak.

Pengarah Teknikal Terry Walsh ketika itu berkata: “Pelbagai ujian dijalankan terhadap Joel tapi mereka masih gagal menemui punca mengapa dia pengsan secara tiba-tiba.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia