Harian Metro

LEDAKAN SUBBA BROTHERS

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

 Gianni tak sabar gegar arena One Championsh­ip untuk pamer kebangkita­nnya

Bali, Indonesia

Seni mempertaha­nkan diri campuran (MMA), One Championsh­ip kembali menghangat­kan arena tempatan di Stadium Negara, Kuala Lumpur, 18 Ogos ini.

Membabitka­n lima peserta tempatan dalam pertarunga­n dikenali ‘Quest for Greatness’ kelibat adik-beradik Subba Gianni dan Keanu - yang kini berpangkal­an di Bali Muay Thai Gym Indonesia antara dinanti ramai.

Gianni menimbulka­n tanda tanya apabila terpaksa berehat sembilan bulan berikutan patah pergelanga­n tangan kiri yang memaksanya menarik diri daripada pertarunga­n Februari lalu.

Justeru hanya Gianni sendiri yang mempunyai rekod 8-2 ada jawapannya.

“Saya memang tidak sabar untuk beraksi. Sembilan bulan menanti panggilan dan akhirnya Kuala Lumpur menjadi saksi kebangkita­n saya,” katanya yang akan bertarung menentang lawan dari Jepun Riku Shibuya.

Mengulas mengenai lawannya itu, Gianni berkata, memang dia ingin bertemu Shibuya namun perlu lebih berwaspada kerana lawannya itu pasti mahu kemenangan selepas dua tahun berehat akibat kecederaan serius retina matanya.

“Saya sudah mengkaji kelemahan dan kelebihan Shibuya. Shibuya seorang yang pantas dan tumbukanny­a agak liar.

Dia bijak menggunaka­n segala ruang yang ada selain pantas menyerang.

“Disebabkan itu saya perlu bijak menanganin­ya dan menyerang kelemahann­ya,” katanya.

Bagaimanap­un sejak berpangkal­an di Bali, Gianni mengakui banyak peningkata­n dari segi teknik dapat diperbaiki apabila banyak dibantu pengasas

MMA Gym

Bali Andrew dan Anthony

Leone.

Berdasarka­n rekod Gianni memenangi lima daripada enam pertarunga­n sebelum Februari lalu manakala Shibuya adalah bekas juara dunia One Flyweight.

Selain Giani dan Keanu, peserta tempatan lain yang akan berentap adalah Ev Ting dan Agilan Thani selain peserta wanita pertama One Championsh­ip, Ann Osman.

 ?? Gianni ?? GIANNI (kanan) sudah mengkaji kelemahan dan kelebihan Shibuya. Sembilan bulan
menanti dan akhirnya Kuala Lumpur jadi saksi kebangkita­n
saya
Gianni GIANNI (kanan) sudah mengkaji kelemahan dan kelebihan Shibuya. Sembilan bulan menanti dan akhirnya Kuala Lumpur jadi saksi kebangkita­n saya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia