Harian Metro

Rampas gelaran ‘Raja Litar Brno’

- AFP

Pendahulu keseluruha­n Marc Marquez menyatakan dia pasti gembira dengan penamat podium apabila kejuaraan MotoGP dunia bersambung selepas cuti musim panas di Brno, Ahad ini ketika kedudukan agak sengit di puncak.

Marquez, penunggang Honda dari Sepanyol yang memenangi GP Jerman sebelum rehat musim panas, mengunggul­i ranking dengan 129 mata, lima di depan rakan senegara dari Sepanyol, Maverick Vinales yang menunggang Yamaha.

Pelumba Itali, Andrea Dovizioso dengan jentera Ducati di tangga ketiga dengan 123 mata di depan rakan senegara yang juga legenda sukan itu Valentino Rossi dari pasukan Yamaha (119).

“Brno satu litar menarik

 Marquez mahu kekal cengkaman pendahulu MotoGP

(gambar)

tapi antara yang paling mencabar dengan banyak perubahan arah serta banyak seksyen turun naik,” kata Marquez.

Juara MotoGP dunia tiga kali itu, yang hanya menang perlumbaan bertaraf utama di Brno pada 2013, menguji litar sejauh 5.4 kilometer itu ketika cuti musim panas.

“Bagus melakukan ujian di Brno ketika rehat musim panas kerana ia membolehka­n kami menambah baik jentera dan kekal fokus dengan tugas,” kata Marquez, yang berakhir di tangga ketiga di Brno tahun lalu di belakang pemenang Cal Crutchlow dan Rossi.

“Kami akan cuba melakukan apa yang kami buat ketika ujian itu dan bersedia merebut podium Ahad ini.

“Musim yang sengit amat menarik tapi juga mencabar, bermakna anda perlu kekal memberi tumpuan sepenuhnya.”

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia