Harian Metro

Selamat datang

- AFP

Neymar dijadual tiba di Paris lewat malam tadi untuk memuktamad­kan perpindaha­n dengan rekod dunia 222 juta euro (RM1.12 bilion) dari Barcelona ke Paris Saint-Germain, yang mana dia akan menerima sekitar 30 juta euro (RM152 juta) setahun.

Kemelut perpindaha­n paling lama pada musim panas kali ini, yang mana minggu ini menyaksika­n pemain berusia 25 tahun itu kembali ke Barcelona untuk menyatakan selamat tinggal sebelum perjalanan singkat ke Porto yang mana dia dikatakan menjalani pemeriksaa­n perubatan, akan berakhir di ibu negara Perancis itu dengan rakan sepasukan barunya sedia berbaris menyambut kehadirann­ya.

Pemain tengah Argentina, Javier Pastore sudah sedia

 Neymar bakal diperkenal­kan kepada penyokong PSG esok

menyerahka­n nombor jersi simbolikny­a 10 kepada rakan seangkatan dari Amerika Selatan itu di Parc des Princes, yang mana Neymar mungkin akan diperkenal­kan kepada penyokong petang Sabtu ini apabila PSG memulakan musim baru Ligue 1 menentang Amiens.

“Saya mahu dia berasa selesa dan gembira sejak hari pertama,” kata Pastore.

Kelmarin, Barcelona mengaku kalah untuk meyakinkan Neymar supaya kekal di Nou Camp yang mana dia beraksi sejak 2013.

Pemain itu berkunjung ke Porto dengan jet peribadi dari Barcelona dikeliling­i rombongan pengiringn­ya termasuk bapa dan ejennya Neymar Sr, selepas menyatakan selamat tinggal kepada rakan sepasukan Barca.

Antara yang kelihatan Wagner Ribeiro, penasihat pemain itu, yang mendakwa PSG akan membayar tebus kontrak bernilai 222 juta euro itu “dalam beberapa jam akan datang.”

Ia lebih sekali ganda daripada rekod perpindaha­n semasa 105.2 juta (RM533 juta) apabila Paul Pogba berpindah dari Juventus ke Manchester United tahun lalu.

Laporan media menyatakan Neymar pergi ke Porto untuk menjalani pemeriksaa­n kesihatan praperpind­ahan.

 ??  ?? NEYMAR tiba di Lapangan Francisco Sa Carneiro sebelum ke Porto dari Barcelona.
NEYMAR tiba di Lapangan Francisco Sa Carneiro sebelum ke Porto dari Barcelona.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia