Harian Metro

TERRY SEDIA LONJAK VILLA J

- AFP

London

ohn Terry berjanji mengemudi Aston Villa kembali ke Liga Perdana Inggeris ketika Liga Kejuaraan membuka tirai minggu ini dengan beberapa kelab yang berbelanja sakan sedia bersaing merebut tempat.

Selepas menang 15 kejuaraan utama dalam tempoh 22 tahun bersama Chelsea, Terry terpaksa mencari kelab baru sesudah dibebaskan hujung musim lalu dan menolak minat beberapa kelab Liga Perdana sebelum mengikat perjanjian dengan gaji £60,000 (RM338,000) seminggu bersama Villa.

Kehadiran Terry di kelab divisyen dua itu pasti menyebabka­n Villa menjadi tumpuan utama ketika kelab kendalian Steve Bruce itu berjuang untuk kembali ke liga utama selepas dua tahun.

Namun bekas bintang England itu sedar dia tidak akan berdepan laluan mudah ketika dia beraksi di luar Liga Perdana buat kali pertama sejak dipinjamka­n seketika di Nottingham Forest pada 2000.

Memandangk­an kegagalan Villa akhir-akhir ini dan persaingan sengit Liga Kejuaraan, pemain berusia 36 tahun itu percaya membantu kelab yang berakhir 18 mata di luar mata ke play-off musim lalu pasti menjadi antara pencapaian terbaik dalam karier gemilangny­a.

“Ia pasti sesuatu yang istimewa, sesuatu yang menanti saya di sana. Untuk keluar daripada zon selesa satu keputusan besar,” kata Terry.

“Ia mungkin satu daripada liga yang sukar diramal dalam dunia bola sepak. Kami perlu naik liga sebagai juara, secara automatik.

“Adakah ia memberikan saya lebih tekanan? Mungkin.

 Bekas bintang Chelsea itu mahu bawa Villans ke Liga Perdana Inggeris

Adakah kami sebegitu sebagai satu kumpulan? Ya. Dengan sejarah kelab ini, mereka berhak kembali ke Liga Perdana.”

Semua tiga pasukan yang turun dari Liga Perdana melakukan rombakan ketika mereka cuba kembali naik liga dalam cubaan pertama.

Pelaburan £30 juta (RM169 juta) Garry Monk terhadap Jonny Howson, Ashley Fletcher dan Britt Assombalon­ga meyakinkan syarikat pertaruhan Middlesbro­ugh sebagai pilihan untuk naik liga dalam musim sulung pengurus itu selepas meninggalk­an Leeds.

 ?? John Terry ?? Ia mungkin satu daripada liga yang sukar diramal dalam dunia bola sepak. Kami perlu naik liga sebagai juara, secara automatik” TERRY sempat melayani peminat sebelum mula berlatih.
John Terry Ia mungkin satu daripada liga yang sukar diramal dalam dunia bola sepak. Kami perlu naik liga sebagai juara, secara automatik” TERRY sempat melayani peminat sebelum mula berlatih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia