Harian Metro

Impian jadi kenyataan

- Rizar Mohd Noor sukan@hmetro.com.my

 10 pemenang peraduan anjuran TM puas hati saksi bintang bola sepak dunia di depan mata

Pengalaman yang cukup mengujakan buat 10 pemenang peraduan anjuran Telekom Malaysia (TM) menerusi perkhidmat­an IPTV apabila melihat sendiri kelibat bintang bola sepak Liga Perdana Inggeris dan Liga Series A Itali beraksi dalam saingan Internatio­nal Champions Cup (ICC) 2017 di Stadium Nasional, Singapura hujung minggu lalu.

Walaupun menempuh perjalanan agak panjang bermula dari Menara TM di Kuala Lumpur yang mengambil lebih 10 jam akibat kesesakan ketika masuk ke Singapura menerusi Tuas, segala kepenatan hilang begitu saja sebaik menjejak kaki di stadium yang dahulunya dikenali dengan jolokan ‘The Kallang Roars’.

Tiada apa yang mampu dikatakan apabila melihat sendiri bintang bola sepak seperti pemain baru Chelsea Michy Batshuayi dan beberapa muka lama seperti Cesc Fabregas serta kelibat pemain Inter Milan seperti Ivan Perisic dan Stevan Jovetic beraksi di depan mata. Seolah-olah mimpi menjadi kenyataan dan tidak akan dilupakan buat selama-lamanya.

Bagi pemenang Mohamad Firdaus Samsudin, 35, yang juga peminat setia Inter Milan, peluang menyaksika­n perlawanan ICC 2017 bukan mudah kerana untuk melihat sendiri kelab kesayangan­nya beraksi di Itali sudah pasti membabitka­n perbelanja­an besar.

“Jadi, saya amat gembira kerana dapat melihat Inter Milan beraksi di depan mata dan perlawanan yang dipamerkan kedua-dua pasukan pula amat menghiburk­an. Walaupun aksi persahabat­an, tapi mereka tetap beraksi dengan bersungguh-sungguh.

“Apapun, saya amat berterima kasih kepada TM terutama IPTV yang menganjurk­an peraduan untuk penonton HyppTV yang menonton siaran Hypp Sport 3 HD untuk memenangi peraduan dianjurkan dan berharap ia akan diteruskan tahun depan,” kata Firdaus yang meminati Inter Milan sejak 1998.

Pengalaman menarik itu turut dikongsi peminat tegar Chelsea Norhady Mohd yang berasal dari Kelantan untuk bersama pemenang lain melihat aksi terbaik barisan skuad kendalian Antonio Conte yang menjadi pengurus Chelsea serta pengendali Inter Milain Luciano Spalletti.

“Seronok dengan apa yang terhidang di depan mata, bukan mudah untuk saya menonton perlawanan bertaraf antarabang­sa dan terima kasih TM kerana beri peluang yang tidak akan dilupakan.

“Saya juga berpeluang menyaksika­n pemain baru, Alvaro Morata yang beraksi untuk Chelsea pada musim baru nanti kerana dia pemain termahal kelab itu musim ini,” kata kata Norhady.

Sementara itu, selebriti HyppTV yang juga pelakon, Putra Amaris menyifatka­n peluang menyaksika­n aksi bertaraf dunia itu sebagai kenangan manis buat dirinya.

“Memang keletihan kerana tidak sempat berehat apabila perjalanan dari Kuala Lumpur terus menuju ke stadium. Tapi, selepas menonton aksi ini di depan mata, kepenatan yang dirasai serta-merta hilang,” katanya.

Dalam pada itu, Naib Presiden Eksekutif New Media TM Jeremy Kung berkata, minat rakyat Malaysia terhadap sukan bola sepak mendorong pihaknya menganjurk­an peraduan berkenaan.

“Tiada cara yang lebih baik untuk mendekati penonton selain menerusi pengalaman tontonan aksi bola sepak secara eksklusif dan semuanya hanya di HyppTV.

“Kami menganjurk­an aktiviti menarik ini bagi memberi peluang penonton memenangi peraduan untuk melihat sendiri di depan mata pemain bola sepak ternama beraksi,” kata Jeremy.

 ??  ?? Inter Milan. SENYUMAN peminat
di stadium ketika SUASANA perlawanan berlangsun­g.
bersama sebahagian Nazri, Putra Amaris
Ain Edruce, Nazrief tamat.
SELEBRITI HyppTV, selepas perlawanan
ICC 2017 di stadium pemenang peraduan
ternama BARISAN...
Inter Milan. SENYUMAN peminat di stadium ketika SUASANA perlawanan berlangsun­g. bersama sebahagian Nazri, Putra Amaris Ain Edruce, Nazrief tamat. SELEBRITI HyppTV, selepas perlawanan ICC 2017 di stadium pemenang peraduan ternama BARISAN...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia