Harian Metro

Barisan terbaik Kim Swee

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

 Pengendali B-22 negara percaya sudah miliki skuad mantap buru ibu segala emas Sukan SEA

Jurulatih skuad bawah 22 tahun (B-22) Datuk Ong Kim Swee percaya sudah memiliki barisan pemain terbaik untuk memburu emas Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur dengan menyenarai­kan 27 pemain bagi kem latihan pusat fasa akhir termasuk memanggil semula enam pemain yang gagal mendapat pelepasan sebelum ini.

Justeru bukan satu kejutan untuk menyaksika­n Safawi Rasid dan Haziq Nadzli dari Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Matthew Davies dan Nor Azam Azih (Pahang), Syamer Kutty Abba dan S Kumaahran (Pulau Pinang) yang tidak bersama pada Kejohanan Kelayakan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok bulan lalu diberi peluang kali ini kerana Kim Swee sebelum ini sudah menyuaraka­n pintu masih terbuka buat mereka.

Sehubungan itu, empat pemain digugurkan membabitka­n penjaga gol Ahmad Solehin Mamat (Kuala Lumpur), L Kalaiharas­an dan Fauzan Fauzi (Negeri Sembilan) serta Nur Shamie Iszuan Amin (Sarawak) untuk memberi laluan kepada Dominic Tan (Johor DT) dan Tommy Mawat Bada (Sarawak) dan Ahmad Azriddin Rosli berada dalam pasukan.

Kim Swee yang akan mengumpul semua pemain bermula Ahad ini dijangka mengumumka­n senarai akhir 20 pemain pada 12 Ogos ini.

“Ini barisan terbaik yang dapat saya kumpulkan kecuali terpaksa menggugurk­an Beto (Ahmad Khairil Anuar Zamri dari Perak) yang didapati tidak sempat cergas sepenuhnya menjelang Sukan SEA.

“Bagi saya, senarai 27 pemain ini barisan pemain yang lebih baik berbanding skuad 22 pemain ketika kita ke Bangkok tempoh hari.

“Saya akan menggunaka­n tempoh seminggu ini untuk menilai 27 pemain ini bagi memastikan setiap posisi itu harus mempunyai pemain utama dan pengganti kerana kita tahu jadual Sukan SEA begitu padat,” katanya.

Kim Swee yang berjaya

Kuala Lumpur: Pengurus skuad bawah 22 tahun negara (B-22) Datuk Wira Yusoff Mahadi mengingatk­an pemain supaya tidak hanya mengejar imbuhan sebaliknya meletakkan kejayaan pasukan sebagai agenda utama apabila mewakili negara.

Jelasnya, segala pujian dan imbuhan diterima pemain atas kejayaan melakar sejarah mara ke pusingan akhir Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 membawa pasukan muda negara layak ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-23 di China tahun depan mengakui bukan masalah untuk beliau memanggil pemain baru yang tidak bersama pasukan di Bangkok sebelum ini.

“Matthew dan Nor Azam pernah bersama ketika saya mengendali­kan skuad Sukan SEA 2015 Singapura, cuma Nor Azam digugurkan pada saat akhir.

“Yang penting, pemain baru ini perlu berusaha merebut tempat dan pada masa sama sedia bekerjasam­a dengan pemain lain,” katanya. Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) percaya, sumbangan itu akan menyuntik semangat pemain menjelang temasya Sukan SEA.

“Kami amat berterima kasih atas keprihatin­an Sultan Johor yang sudi mengurniak­an imbuhan kepada pasukan bawah 22 tahun negara. Saya percaya ini motivasi buat pemain untuk terus berusaha mencapai lebih banyak kejayaan selepas ini,” katanya.

 ??  ?? KIM Swee (kanan) akan mula mengumpulk­an pemain Ahad ini.
KIM Swee (kanan) akan mula mengumpulk­an pemain Ahad ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia