Harian Metro

Fokus rebut slot Liga Super

-

Kuala Lumpur: Terkandas di peringkat kumpulan saingan Piala Malaysia musim ini tidak menjejaska­n fokus pengendali PKNS FC Sven Gartung apabila menetapkan misi baru dengan buruan lebih terarah mendaki puncak Liga Super.

Gartung, 47, dilantik pada 17 Julai lalu bagi menggantik­an E Elavarasan yang direhatkan atas prestasi tidak menentu perlu memastikan skuad Semut Merah mampu kekal di saingan divisyen satu musim depan.

Kata pengendali dari Jerman itu, walaupun anak didiknya tewas 2-3 di tangan FELDA United dalam aksi Kumpulan B Piala Malaysia kelmarin, beliau mahu pemainnya melupakan segera kekalahan itu apabila turun berdepan Perak pada kempen Liga Super malam esok.

“Saya bertanggun­gjawab sepenuhnya atas kekalahan itu (tewas kepada FELDA United). Pemain beraksi sebagaiman­a diarahkan, lupakan kekalahan itu.

“Tumpuan tiga mata perlu diteruskan menjelang aksi menentang Perak dan kami ingin berjaya dalam kempen Liga Super supaya terus kekal musim depan,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Meskipun PKNS gagal menyerlah dalam kempen Piala Malaysia, mereka beraksi cukup baik pada saingan liga apabila mencatat dua kemenangan berturut-turut, menewaskan Sarawak 1-0 dan T-Team 2-1.

Bekas naib juara Piala FA musim lalu itu kini menghuni tangga ketujuh liga dengan mengumpul 18 mata selepas mengharung­i 18 perlawanan setakat ini.

Jelasnya, beliau berharap momentum baik dalam saingan liga akan berterusan apabila bertekad mahu menjadikan Perak sebagai mangsa ketiga mereka.

Begitupun, Gartung mengingatk­an anak buahnya supaya berhati-hati kerana skuad kendalian Mehmet Durakovic itu mempunyai gandingan mantap menerusi pemain berpengala­man yang boleh membuatkan PKNS berputih mata jika alpa.

 ??  ?? Pemain FELDA, Thiago Augusto Fernandes (kiri) bersaing dengan pemain PKNS P Gunalan pada aksi Piala Malaysia kelmarin.
Pemain FELDA, Thiago Augusto Fernandes (kiri) bersaing dengan pemain PKNS P Gunalan pada aksi Piala Malaysia kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia