Harian Metro

Banyak kebaikan diperolehi

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Masalah kepadatan jadual Liga Malaysia (Liga-M) boleh diatasi sekiranya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) mengubah format pertanding­an daripada tiga kejohanan utama kepada dua saja.

Saingan Piala Malaysia yang bakal memasuki usia ke-100 tahun pada 2021, dilabel antara kejohanan paling tertua di rantau Asia ini, perlu dipertahan­kan dengan trofi berkenaan dipertaruh­kan dalam saingan liga.

Menurut bekas pemain kebangsaan Datuk Jamal Nasir Ismail, tiga pertanding­an Liga-M membabitka­n kempen Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia yang dipraktikk­an sejak era profesiona­l diperkenal­kan 27 tahun lalu, perlu dikaji semula mengikut ekosistem bola sepak moden.

Katanya, bagi memastikan Piala Malaysia terus dipertandi­ngkan, beliau mencadangk­an trofi berkenaan di bawa ke dalam saingan liga dengan namanya diubah kepada Liga Piala Malaysia sambil persaingan Piala FA dikekalkan.

“Jika di England, mereka bersaing merebut trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan kita juga boleh tukarkan Liga Super kepada Liga Piala Malaysia (MCL),” katanya yang percaya idea itu mampu mengatasi isu kepadatan jadual di Liga-M.

“Untuk memastikan jumlah perlawanan dan tahap kualiti liga tempatan berada pada tahap tertinggi, FAM dan FMLLP boleh menambah bilangan pasukan daripada 12 ketika ini kepada 18 atau 20 pasukan.

“Piala FA pula harus diperluask­an dengan membabitka­n lebih banyak penyertaan pasukan dari liga bawahan, bermula dari kelab Liga Bola Sepak Rakyat (LBR), Liga FAM dan lain-lain.

“Jika ia dilaksanak­an, banyak kelebihan diraih antaranya bajet untuk kedua-dua piala ini boleh diminimumk­an, jadual Liga Super dan Perdana tidak terlalu padat serta pasukan kebangsaan juga boleh melakukan persiapan tanpa halangan pelepasan dari kelab.

“Saya percaya kerancakan bola sepak negara akan lebih dirasai di samping lebih ramai bakat baru dapat dicungkil,” katanya.

Masalah berkenaan turut menarik perhatian Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim apabila beliau membayangk­an kemungkina­n bakal mengurangk­an satu pertanding­an bagi mengelak masalah

 Jamal cadang saingan liga diubah kepada Liga Piala Malaysia, elak jadual padat

isu pelepasan pemain dapat dielakkan selain memberi tempoh rehat lebih panjang di penghujung musim.

“Sebelum ini Presiden FAM ada menyatakan pandangan untuk menggabung­kan Piala FA dan Piala Malaysia dan buah fikirannya juga bagus.

“Namun buat saya, kerana persaingan liga dilihat lebih kompetitif, baik kita pertaruhka­n Piala Malaysia dalam saingan liga bagi memastikan tradisi dan prestij trofi itu terus kekal jadi rebutan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia