Harian Metro

Pastikan bukan di Selayang

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

 Gergasi Merah tak rela Harimau Selatan berpesta lebih awal rai kejayaan

emang kita akui Johor DT (Johor Darul Ta’zim) semakin hampir untuk menjadi juara liga, tapi kalau mereka mahu menjulang kejuaraan mungkin bukan di Selayang,” kata kapten Selangor Razman Roslan menjelang pertembung­an Liga Super esok.

Aksi di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang (MPS) itu antara perlawanan paling mencuri tumpuan minggu ini dengan pendahulu liga Johor DT bakal merangkul kejuaraan liga buat kali keempat berturut-turut andai meraih tiga mata ke atas Selangor.

Bagaimanap­un Razman, 32, tonggak pertahanan tengah Red Giants menegaskan mereka tidak rela membenarka­n kelab Harimau Selatan itu berpesta awal.

“Tak dinafikan Johor DT pasukan yang kuat tapi kita juga ada misi dalam liga. Kita akan cuba berikan aksi terbaik untuk mendapatka­n mata untuk memperbaik­i kedudukan dalam liga.

“Mungkin Johor DT bakal menjadi juara, kerana dengan baki lagi empat perlawanan, mereka nampak selesa tapi untuk menjadi juara bukan malam itu (esok),” katanya.

Selepas 18 perlawanan, Selangor yang dibimbing jurulatih P Maniam menduduki tangga kelima liga dengan 27 mata, 18 mata di belakang Johor DT.

Untuk berdepan Johor DT, Selangor merehatkan ramai tonggak utama ketika tewas 1-2 di tangan Sarawak dalam saingan Kumpulan D kelmarin dan bagi Razman fokus mereka tidak terjejas dengan kekalahan terbaru itu.

“Kami sudah layak ke suku akhir Piala Malaysia, jadi fokus lebih kepada perlawanan Sabtu ini. Kami pernah kalahkan Johor DT (3-2) dalam saingan Piala Malaysia sebelum ini di Selayang tapi pertemuan kali ini pasti berbeza.

“Mereka pasti turunkan skuad terbaik tapi kami tidak perlu bimbang kerana apa yang penting beri tumpuan kepada permainan dan kekuatan sendiri,” kata Razman.

 ?? Razman Roslan ?? Mereka pasti menurunkan skuad terbaik tapi kami tidak perlu bimbang kerana apa yang penting adalah kami beri tumpuan kepada permainan dan kekuatan kami sendiri”
Razman Roslan Mereka pasti menurunkan skuad terbaik tapi kami tidak perlu bimbang kerana apa yang penting adalah kami beri tumpuan kepada permainan dan kekuatan kami sendiri”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia