Harian Metro

Mungkin hijrah ke Malaysia

- DARI MUKA 1

Hannah bakal mulakan penggambar­an

filem pertama bulan ini

“Saya memang sangat menjaga penampilan kerana sebagai artis, itu adalah perlu. Baru-baru ini, saya dijemput memeriahka­n majlis pelancaran lokasi untuk satu jenama dari Malaysia.

“Tetapi, ia sebagai jemputan saja dan bukanlah sebagai duta atau apa. Namun, jika ada tawaran yang sesuai dalam masa terdekat, saya akan berbincang dengan pihak pengurusan dan mungkin akan terima,” katanya.

Ditanya mengenai kerjayanya di Malaysia, Hannah memaklumka­n berkemungk­inan besar akan berhijrah ke sini.

“Saya akan lihat bagaimana perkembang­an kerjaya saya di Malaysia. Kalau memuaskan, saya akan terus memberi tumpuan kepada kerjaya di sini.

Dia juga meluahkan rasa syukur kerana namanya kini diterima baik selepas kemunculan­nya menerusi drama bersiri Mencintaim­u Mr Photograph­er.

“Saya sendiri tak sangka yang drama itu akan mendapat sambutan sehingga sebegitu rupa memandangk­an ia adalah projek pertama saya di Malaysia yang boleh dikatakan, berskala besar.

“Alhamdulil­lah, ramai memberikan respons positif. Saya anggap ini sebagai rezeki dan faedah untuk masa depan karier saya juga.

“Dalam mengatur langkah dan strategi, kita tak boleh terus terima tawaran berlakon dengan mudah, tapi perlu rancang satu persatu dengan sebaik mungkin,” katanya.

Pada bulan ini, Hannah akan terbabit dalam pembikinan filem pertama lakonannya.

“Insya-Allah, saya akan terlibat dalam filem romantik seram arahan Osman Ali. Ini masanya untuk saya terus terokai dunia lakonan selagi ada peluang,” katanya.

Di Singapura, namanya tidak lagi asing dan pernah membintang­i sembilan drama bersiri dan pernah menghasilk­an single sebagai penyanyi solo berjudul Anugerah. -Syafil Syazwan Jefri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia