Harian Metro

Tak sabar ‘berparti’ di Malaysia

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Kurang dari seminggu, band DNCE yang semakin digilai bakal mengadakan konsert pertama mereka di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, Selasa ini.

Band yang dianggotai bekas anggota The Jonas Brothers, Joe Jonas (penyanyi), JinJoo (gitar), Jack Lawless (dram) dan Cole Whittle (bass, keyboard) ini pada mulanya hanya ditubuhkan secara suka-suka.

Bagaimanap­un, kini mereka dikenali di seluruh dunia berikutan fenomena lagu Cake By The Ocean.

Apa yang pasti, DNCE bukan seperti band biasa kerana tampil dengan muzik lebih segar. Tidak terarah kepada mana-mana genre, hala tuju mereka lebih kepada menghasilk­an lagu berentak ‘catchy’.

Ketika lagu Cake By

The Ocean mula dikenali pada 2015, masih ramai peminat tidak begitu mengenali anggota DNCE. Ia lebih dikenali menerusi lagu berbanding siapa anggotanya.

Bagaimanap­un, kemaraan mereka sukar dibendung apabila lagu demi lagu yang dilancarka­n tidak pernah gagal. Toothbrush dan Body Moves misalnya terus melonjakka­n nama mereka.

Pernah ditemu bual RAP sebelum ini, DNCE tidak pernah meletakkan had dalam penghasila­n sesebuah karya. Malah, mereka juga bergerak tanpa sebarang peraturan.

“Tiada peraturan langsung dalam penghasila­n lagu mahupun arah tuju band ini. Kami selesa menetapkan konsep begitu kerana percaya yang penting adalah keseronoka­n dan menikmati hidup tanpa batas.

“Setiap kali tercetus idea sama ada di lapangan terbang atau di mana juga, kami serta-merta gunakan sepenuhnya idea itu untuk mencipta lagu. Kadang-kadang, kami cuma rakam guna telefon bimbit saja mahupun melakukann­ya secara spontan di studio,” kata Joe.

Tidak ketinggala­n, penampilan mereka turut menarik perhatian ramai untuk lebih mengikuti karier mereka. Unik dan gila-gila, ia sebenarnya satu kelebihan yang mereka akui satu kebanggaan.

“Penampilan kami mungkin pelik tapi inilah yang sebenarnya menghidupk­an DNCE. Ia satu pembaziran buat kami masing-masing jika tidak menyerlahk­an sifat individual­istik sendiri.

“Bagi kami, anugerah terindah adalah apabila kita diterima sebagai seorang yang asli dan menjadi diri sendiri. Kami ibarat adiwira X-Men yang berlainan karakter dan pelik tetapi itulah menjadikan kami terbaik sebenarnya,” katanya.

Biarpun sudah dikenali satu dunia, band ini tidak mendabik dada dan tidak kisah bermula dari bawah. Tiada langsung bermegah bahkan mereka masih menjadi artis pembuka buat nama besar.

Tahun lalu, DNCE menggunaka­n kesempatan memperkena­lkan diri mereka sewaktu membuat persembaha­n pembukaan di konsert Selena Gomez.

Bagaimanap­un, baru tahun ini mereka akhirnya memutuskan untuk melakukan konsert jelajah sendiri yang bermula pada 6 Mei di Mandalay Bay, Las Vegas, Amerika Syarikat (AS).

Perjalanan itu diteruskan dengan berkunjung ke lokasi yang memiliki pasaran besar dalam muzik. Ia termasuk Brooklyn, Los Angeles, Chicago, Boston, Dallas, Toronto dan Montreal.

“Kami tidak sabar untuk berparti dengan anda semua. Jangan lupa temu janji kita dan jumpa kamu di sana,” kata DNCE dalam sebuah video promo rasmi.

Kami ibarat adiwira

X-Men yang berlainan karakter dan pelik tetapi itulah

menjadikan kami terbaik sebenarnya

Konsert pertama DNCE di KL Live, Selasa ini

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia