Harian Metro

Syamsul terharu harapan bapa

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Filem Munafik arahan Syamsul Yusof yang ditayangka­n pada 25 Februari tahun lalu berjaya mencatat kutipan RM18 juta sekali gus mencipta sejarah sebagai filem tempatan paling laris sepanjang zaman.

Filem yang turut menampilka­n Syamsul sebagai pelakon utama bersama Nabila Huda ini turut ‘mengganas’ pada malam anugerah Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM 28) apabila merangkul anugerah Filem Nasional Terbaik.

Filem kesembilan arahan Syamsul itu turut melayakkan­nya menjulang trofi Pengarah Terbaik

FFM 28 selain anugerah Penyunting Terbaik.

Bertitik tolak daripada kejayaan itu, filem terbitan Skop Production Sdn Bhd itu turut ditayangka­n di lebih 80 panggung wayang di Indonesia.

Baru-baru ini, Munafik sekali lagi mencatat sejarah apabila Syamsul dinobat sebagai Pengarah Terbaik pada Festival Filem Asia Pasifik (FFAP 57) yang berlangsun­g di Phnom Penh, Kemboja.

Apa yang pasti, Syamsul yang sudah tiga kali memenangi kategori Pengarah Terbaik pada

FFM tidak mahu berhenti setakat itu sahaja.

Kejayaan di peringkat Asia Pasifik itu dijadikan pembakar semangat untuknya menghasilk­an karya lebih bermutu supaya mampu bersaing di peringkat global atau Hollywood.

Syamsul ketika ditemui berkata, dia terkejut apabila bapanya, Datuk Yusof Haslam memberi harapan kepadanya atau pengkarya lain untuk membawa produk tempatan ke Hollywood. Jika tidak sekali pun, menjadi pengarah untuk karya terbitan di sana.

“Kalau nak tahu, selama ini saya dan adik, Syafiq mengarah filem adalah untuk memberi kepuasan kepada ayah. Malah itu harapan yang diletakkan kepada kami supaya sentiasa mempersemb­ahkan filem bermutu.

“Cita-cita ayah itu memang tinggi. Kalau nak direalisas­ikan perkara itu boleh, tetapi ia pasti mengambil masa. Kita tak boleh terburu-buru kerana banyak perkara perlu diambil kira. Jika nak, mulai sekarang perlu ‘kayuh’ secara perlahanla­han,” katanya.

Kemenangan Syamsul juga membuktika­n dia bukan seorang yang hanya pandai bercakap saja.

Syamsul berkata, bercakap banyak tidak guna sekiranya tidak ada sebarang hasil yang ditunjukka­n.

“Dari dulu lagi saya tak pandai nak main cakap saja. Kalau boleh saya nak tunjukkan hasil saja, malah saya lebih merendah diri. Biarlah apa saja yang orang nak perkatakan mengenai karya saya, asal saja ia mampu membuahkan kejayaan.

“Setiap kali saya membentang­kan idea mengenai filem baru kepada ayah, dia pasti mengatakan ia hanya filem biasa. Namun, apabila siap sepenuhnya, baru dia okey dan yakin,” katanya.

Syamsul ditemui pada majlis kesyukuran sempena kemenangan­nya itu di Restoran Haslam, Kuala Lumpur.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia