Harian Metro

Tumpu pengarah wanita

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Berikutan kejayaan Festival Filem Antarabang­sa Malaysia (MIFFest) dan Anugerah

Global Emas Malaysia (MGGA), Februari lalu, penganjur mengumumka­n edisi kedua acara memartabat­kan karyawan tanah air serta luar negara itu.

Acara sulung MIFFest pada 28 Februari lalu menyaksika­n lebih 10,000 pengunjung manakala malam kemuncak MGGA yang berlangsun­g di Arena of Stars Genting Highlands pada 5 Mac lalu dihadiri 5,600 penonton.

Susulan itu, penganjur menetapkan tarikh penganjura­n kedua MIFFest bermula 25 Februari hingga 2 Mac tahun depan diikuti malam kemuncak MGGA pada 3 Mac.

Pengerusi MIFFest dan

MGGA Joanne Goh berkata, edisi kedua MIFFest akan tertumpu kepada filem Asia Tenggara dan pengarah wanita.

“Kami akan menjemput beberapa pengarah wanita untuk berkongsi pengalaman dan idea mereka mengenai pembikinan filem.

“Selain itu, kami mahu fokus filem dari Filipina, Vietnam, Thailand, Singapura serta Indonesia dan menjemput karyawan negara ini untuk mempromosi­kan karya mereka di MIFFest,” katanya.

Bagi edisi kedua itu, Goh berharap adanya lebih banyak penyertaan karya tanah air terutama filem berbahasa Melayu.

“Tahun lalu, kami menerima 500 penyertaan dari pelbagai negara di Asia dan Eropah termasuk Malaysia manakala hanya 18 terpilih untuk MIFFest.

“Kami berharap penggiat seni tanah air menyokong penuh acara ini,” katanya.

Mengenai malam kemuncak MGGA pula, Goh berkata, acara berprestij itu mempertand­ingkan 10 kategori dengan Filem Terbaik sebagai kategori utama.

“Kami mengalu-alukan filem pelbagai genre yang dihasilkan pada 2016 dan tahun ini untuk

Edisi kedua MIFFest diharap lebih banyak

penyertaan karya tanah air

mengambil bahagian, namun karya itu perlu menepati tema ‘harapan dan putus asa’,” ujarnya.

Katanya, pihaknya turut menyasarka­n menayangka­n 25 filem di pawagam tempatan terpilih yang akan diumumkan nanti.

MIFFest lalu disertai 18 filem hebat dari Itali, Hong Kong,

Iran, Korea Selatan, Perancis, United Kingdom, Jerman,

China, Taiwan, Singapura dan Filipina.

Dari Malaysia pula, filem yang ditayangka­n adalah Interchang­e dan Singing in Graveyards.

Selain itu, penyanyi dan pelakon terkenal tanah air, Sinje Lee diumumkan kekal sebagai duta MIFFest dan MGGA.

Penyertaan untuk MIFFest akan dibuka sehingga 30 September ini. Maklumat lanjut boleh melayari www.miffest. com.my (MIFFest) serta www. mgga.com.my (MGGA).

 ??  ?? PENGUMUMAN edisi kedua MIFFest .
PENGUMUMAN edisi kedua MIFFest .
 ??  ?? Kami akan menjemput beberapa pengarah wanita untuk berkongsi pengalaman dan idea mereka mengenai pembikinan filem
Kami akan menjemput beberapa pengarah wanita untuk berkongsi pengalaman dan idea mereka mengenai pembikinan filem
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia