Harian Metro

TUAH CIKGU DARI KODIANG

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Meera bakal rakam single

pertama selepas bakat

dikesan melalui akaun

Smule

Bakat baru dalam dunia hiburan tanah air mempunyai nama yang hampir sama saja lalu komposer Eddie Hamid mencadangk­an penyanyi baru, Nur Ameera Nabila Azmi, 25, menggunaka­n nama pentasnya, Cikgu Meera.

Ia bukanlah sematamata satu gelaran untuk meraih perhatian pencinta seni tanah air tetapi Meera sememangny­a adalah guru muzik yang bertugas di sebuah sekolah di Shah Alam. Tidak mahu mengundang masalah kemudian hari, Meera juga sudah meminta izin Kementeria­n Pendidikan untuk menggunaka­n nama ‘Cikgu Meera’.

Dia turut minta restu pengetua sekolahnya untuk bergerak aktif dalam bidang seni dan rakan setugasnya juga memberikan sokongan serta dorongan.

Berasal dari Kodiang, Kedah, sejak remaja, Meera suka menyanyi namun dia perlu menyelesai­kan pengajiann­ya dulu. Lantaran ketika belajar di maktab perguruan di Ipoh, jurusan muzik menjadi pilihan utama manakala minor dalam pendidikan persuratan dan kesenian Melayu serta pendidikan jasmani.

Menurut Meera, ketika di maktab dia menyertai kumpulan keroncong sana dan jika ada sebarang acara di pusat pengajian itu, pastilah suaranya yang akan berkumanda­ng.

“Selain lagu balada saya juga minat irama Malaysia. Kemampuan saya dalam membawakan irama asli tidaklah sehebat mana tetapi saya memang berminat untuk mendalami lagi kemahiran itu, “katanya.

Meera turut menjadi anggota Kebudayaan

Negeri Perak dan daripada situ dia mendapat banyak pendedahan untuk berdepan dengan masyarakat. Meera juga boleh bersyair dengan baik.

Bagi mengisi masa lapang, Meera gemar berkaraoke menggunaka­n aplikasi Smule sehingga mendapat jolokan ‘Cikgu Viral’. Guru yang bertubuh kecil molek itu bertuah kerana individu bernama Juwita Aziz juga ada akaun Smule. Pada masa sama Juwita sedang mencari artis untuk bernaung di bawah syarikat penerbitan­nya, Jayy Production.

“Nak jadi rezeki, Kak Juwita mendengar nyanyian saya di Smule lalu pertemuan dibuat tetapi Abang Eddie yang juga konsultan Jayy Production perlu mendengar suara dan nyanyian saya dulu barulah Kak Juwita boleh memberikan kata putus.

“Syukur, Abang Eddie memberikan ‘lampu hijau’ kepada Kak Juwita untuk menjadikan saya artis rakamannya yang pertama. Saya bakal merakamkan single Oh Sayangku ciptaan Abang Eddie diikuti pembikinan klip video dan pelancaran lagu itu,” katanya.

 ?? FOTO: ??
FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia