Harian Metro

NIK QISTINA ‘PERKEMAS’ DIRI

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Penyanyi muda Nik Qistina yang popular menerusi single Young Hearts antara bintang kelahiran YouTube yang menjadi bualan hangat di media sosial ketika ini.

Dilancarka­n pada 16 September 2016, Young Hearts mendapat sambutan apabila mencecah 100,000 streaming di Sportify dalam masa seminggu.

Ia juga berada di kedudukan kelima dalam ‘Spotify’s Global Viral 50 dan tangga pertama untuk Malaysia Viral 50 di Spotify.

Selepas kejayaan Young Hearts, remaja berusia 17 tahun ini muncul pula dengan lagu Young Hearts versi bahasa Malaysia yang dilancarka­n pada 28 Julai lalu.

Pemilik nama penuh Nik Qistina Hafifah Abdul Rashid mengakui lagu Young Hearts versi bahasa Malaysia itu dinantikan peminat tempatan.

“Sebelum ini, saya sering menyanyika­n lagu Inggeris dan harap Young Hearts versi bahasa Malaysia akan diterima peminat tempatan.

“Setakat ini, saya menerima banyak maklum balas positif dan semoga kemunculan single versi bahasa Malaysia memenuhi cita rasa peminat,” katanya.

Terbaru, single Young Hearts versi bahasa Malaysia juga terpilih sebagai lagu untuk filem romantik Dubai My Love.

“Saya berasa sangat teruja apabila dapat tahu single pertama Young Hearts dipilih menjadi OST filem itu.

“Sebagai penyanyi, saya percaya lagu OST untuk filem perlu bersesuaia­n dengan jalan cerita karya. Lagu Young Hearts berkisar kepentinga­n untuk kita menyayangi diri sendiri sebelum menyayangi orang lain.

“Insya-Allah, kalau ada rezeki lagu Young Hearts akan lebih dikenali ramai apabila filem Dubai My Love menjengah pawagam tanah air nanti,” katanya.

Qistina ditemui pada majlis pelancaran lagu OST filem Dubai My Love yang berlangsun­g di ibu kota, baru-baru ini.

BAKAL MUNCUL DENGAN SINGLE KEDUA

Selepas kejayaan Young Hearts, Qistina merancang untuk melancarka­n lagu kedua pada Disember nanti.

“Saya juga mengikuti kelas vokal kelolaan Cikgu Siti Hajar dan pada masa sama ingin bekerjasam­a dengan ramai artis tempatan serta antarabang­sa untuk mengukuhka­n nama dalam bidang ini.

“Antaranya, Yuna, Sonaone, Alessia Cara, Zara Larsson dan ramai lagi,” katanya.

Bagaimanap­un, buat masa ini, kata Qistina, dia perlu menumpukan perhatian pada pelajarann­ya terlebih dulu.

“Saya sibuk membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia terlebih dulu.

“Selepas tamat persekolah­an, barulah saya akan lebih aktif dalam bidang muzik dan sosial media,”katanya.

Qistina bernaung di bawah label Universal Music Malaysia sejak awal tahun lalu.

Dia juga pernah berkongsi pentas dengan penyanyi ternama termasuk Datuk Siti Nurhaliza dan Greyson Chance.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia