Harian Metro

ATIKAH MASIH TERINGIN

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Sedia terima tawaran berlakon jika

tidak ganggu waktu kerja

Nekad dengan keputusan mahu berehat daripada bidang lakonan, Atikah Suhaime kini mengubah haluan dan bekerja dalam bidang pemasaran di Singapura.

Atikah berkata, dia perlu membuat keputusan itu selepas hampir enam bulan tiada tawaran berlakon.

“Selepas lama tidak mendapat tawaran berlakon, saya pulang ke Singapura dan mencari kerja. Apabila sudah bekerja, banyak pula syarikat produksi menghubung­i saya menawarkan lakonan.

“Ketika menerima panggilan itu rasa seperti nak berhenti kerja saja, tetapi saya perlu reda dengan keputusan yang diambil,” katanya.

Atikah berkata, jika ada tawaran berlakon yang tidak mengganggu waktu kerjanya dia boleh saja melakukann­ya secara sambilan.

Namun disebabkan dia baru saja bekerja, dia perlulah fokus untuk kerja yang dilakukan sekarang ini.

“Saya baru saja mula bekerja sebelum Ramadan lalu. Rasanya lebih tenang sekarang kerana saya boleh fokus dengan keluarga.

“Sebelum ini saya sibuk berlakon hingga cuti beraya pun hanya tiga hari saja menyebabka­n tiada masa terluang dengan keluarga,” katanya.

Filem terbaru Atikah iaitu Pencuri Hati Mr Cinderella bakal menemui penonton di pawagam bermula 10 Ogos ini.

Ia adalah lakonan terakhir Atikah dan tiada lagi selepas itu. Menerusi filem itu Atikah berganding­an dengan Ahmad Idham, Datuk Eizlan Yusof, Hairul Azreen, Dayana Roza, Faye Kusairi, Khaty Azean dan Haliza Misbun.

Berkongsi wataknya dalam filem itu, Atikah membawakan watak gadis GRO yang jatuh cinta dengan lelaki berusia.

“Pada awal mendapat tahu watak saya sebagai gadis GRO terus saya tolak. Tetapi selepas Idham menerangka­n karakter sebenar barulah saya faham.

“Watak saya tidaklah teruk kerana ia lebih kepada memberi pendedahan buat anak muda. Dalam hidup kita diberi pilihan untuk mencari kerja yang lebih baik,” katanya.

Atikah juga berkata, dia sedikit kecewa kerana tidak dapat berlakon di samping Haliza Misbun.

“Pada awal saya tidak tahu Haliza ada babak dalam filem ini sehinggala­h mereka beritahu dia ada untuk babak akhir.

“Rasa kecewa juga kerana tiada babak dengan Haliza. Pastinya semua orang berharap dapat berlakon di samping wanita yang hebat sepertinya begitu juga dengan saya,” katanya.

 ?? FOTO ?? Saya baru saja mula bekerja
sebelum Ramadan lalu. Rasanya lebih tenang sekarang kerana saya boleh fokus dengan keluarga
FOTO Saya baru saja mula bekerja sebelum Ramadan lalu. Rasanya lebih tenang sekarang kerana saya boleh fokus dengan keluarga

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia