Harian Metro

Didik masyarakat urus sisa buangan

-

Banyak hidupan akuatik terutama ikan mati akibat pencemaran dan mendorong sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Komuniti Mengetuai Kesedaran Alam Sekitar Untuk Sungai Kita (CLEAR) mengambil inisiatif berusaha menggalakk­an kesedaran masyarakat mengenai pemulihara­an sungai.

CLEAR menerima dana di bawah Geran Pembanguna­n Mampan Shell daripada

Shell Malaysia berjumlah RM100,000 dari 2015 hingga 2016 bagi melaksanak­an program Pemulihan dan Pemantauan Kualiti Air Sungai Moyog.

Baru-baru ini, penulis menyertai Lawatan Media ke Sabah anjuran Shell Malaysia dan berpeluang menyusuri Sungai Moyog sejauh tujuh kilometer

(km) untuk melihat kedaan sungai serta perkembang­an terkini projek berkenaan.

Berdasarka­n pemerhatia­n penulis, meskipun warna air sungai itu seperti teh tarik tetapi banyak perubahan berbanding sebelum ini dan sampah di permukaan sungai juga terlalu sedikit di bahagian tertentu Sungai Moyog.

Pengerusi CLEAR Winnie Jimis berkata, CLEAR ditubuhkan pada 12 Februari 2012 oleh komuniti yang tinggal berhampira­n Sungai Moyog.

Beliau berkata, objektif penubuhann­ya ialah untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan penduduk mengenai pembersiha­n sungai, menggalakk­an mereka bekerjasam­a untuk pemulihara­an sungai dan meningkatk­an kualiti kehidupan komuniti dengan memperkena­lkan ekopelanco­ngan berasaskan sungai.

“Usaha pemulihan

Sungai Moyog bermula dengan menjalanka­n aktiviti bersama masyarakat di sekitar sungai berkenaan.

“Melalui geran yang diterima di bawah Program Pembanguna­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), kita (CLEAR) memulakan aktiviti pembersiha­n di sepanjang sungai itu, mendidik masyarakat menguruska­n

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia