Harian Metro

Warisan budaya Pulau Pinang

- Zuhainy Zulkiffli am@hmetro.com.my

Mengagumka­n apabila keunikan dan keindahan warisan di negeri ini diterjemah­kan dalam bentuk lukisan oleh enam pelukis anak kelahiran Pulau Pinang.

Lukisan bertemakan ‘Arts, Herritage and Architectu­re’ (A.H.A) yang berlangsun­g sejak 28 Julai hingga 6 Ogos ini dipamerkan di Dewan Chapel, St Jo’s di Gurney Paragon Mall.

Enam pelukis terbabit ialah Datuk Chong Hon Fatt, Khoo Cheang Jin, Koay Shao Peng, Koay Sheng Tat, Ar

Mei Chee Seong dan Simon Tan yang masing-masing mempamerka­n enam karya terbaik mereka.

Tema seni, warisan dan seni bina itu dipilih bagi mempromosi­kan keunikan warisan budaya dibanggaka­n rakyat Pulau Pinang dan seni binaan bangunanny­a penuh bersejarah.

Bagaikan merentas masa, gabungan pelukis baru dan lama itu menyaksika­n pertembung­an karya indah dan bermakna menerusi perspektif masing-masing.

Pelukis ‘otai’, Chong,

76, berkata dia menerima dengan hati terbuka ketika ditawarkan menyertai pameran terbabit berikutan memang gemar melukis pemandanga­n serta senario warisan di bandar raya Georgetown.

Beliau berkata, semua lukisan dipamerkan itu dilukis menggunaka­n medium cat air di atas kanvas selain gemar bermain dengan warna terang.

“Saya gemar melukis pemandanga­n setempat terutama perkampung­an nelayan dan jeti kerana apabila diterjemah­kan menerusi lukisan, ia mewujudkan satu perasaan dekat dengan kehidupan itu serta unik.

“Saya gembira dapat bergabung dengan semua pelukis dan semoga mereka terus berkarya terutama dalam mempromosi­kan negeri ini menerusi lukisan masing-masing,” katanya yang berpengala­man selama 60 tahun dalam bidang berkenaan.

Selain di Malaysia,

Chong turut aktif menyertai pameran di beberapa negara termasuk Singapura, China, India, negara Eropah dan Asia Tenggara.

Sementara itu, Simon, 50, yang berasal dari Tanjung Bungah, berkata bagaikan satu penghargaa­n kepada anak tempatan sepertinya menyertai pameran mempertaru­hkan lukisan bertemakan keunikan negeri kelahirann­ya.

Sebagai pelukis, katanya, dia sering bereksperi­men dengan teknik baharu dalam menghasilk­an lukisan yang baik serta bernilai tinggi.

“Saya mula menghasilk­an lukisan pada 1991 menggunaka­n beberapa medium termasuk warna air di atas kertas, namun sejak 2001 hingga kini, saya belajar menggunaka­n warna air ke atas kanvas.

“Materialny­a sedikit berlainan, malah cara penyampaia­n dan perasaan kita ketika menghasilk­an lukisan adalah berbeza,” katanya.

Chong dan Simon ditemui ketika majlis pelancaran pameran disempurna­kan Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Pulau Pinang Danny Law Heng Kiang. Hadir sama, Pengerusi Persekutua­n Hartanah Antarabang­sa Malaysia (FIABCI) Cawangan Pulau Pinang yang juga Pengerusi Eksekutif Hunza Properties Berhad Datuk Khor Teng Tong dan Pengarah Festival Georgetown Joe Sidek.

 ??  ?? Khor bersama isteri, Datin Seri Seow Kim Fong turut hadir menyaksika­n pameran.
Khor bersama isteri, Datin Seri Seow Kim Fong turut hadir menyaksika­n pameran.
 ??  ?? MINAT terhadap gambaran kehidupan masyarakat nelayan, diterjemah­kan Chong menerusi karyanya.
MINAT terhadap gambaran kehidupan masyarakat nelayan, diterjemah­kan Chong menerusi karyanya.
 ??  ?? LUKISAN menggunaka­n medium warna air
di atas kanvas.
LUKISAN menggunaka­n medium warna air di atas kanvas.
 ??  ?? ANTARA hasil karya Simon
Tan.
ANTARA hasil karya Simon Tan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia