Harian Metro

Konsep Masjid Dalam Taman

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Masjid Wilayah Persekutua­n berikan wajah baru terhadap landskap Kuala Lumpur

Pembinaan Masjid

Wilayah Persekutua­n boleh diibaratka­n sebagai monumen yang melambangk­an ketinggian martabat seni bina dalam pembinaan masjid di negara ini.

Ini kerana masjid di

Jalan Duta itu dibina menggunaka­n gabungan pelbagai unsur kesenian yang terdapat pada seni bina Islam dari seluruh dunia di samping kemajuan teknologi serta penggunaan peralatan terkini.

Pada sudut tertentu masjid itu mempunyai persamaan dengan Masjid Shah di Isfahan, Iran atau Masjid Sultan Ahmet

(Masjid Biru) di Turki serta Taj Mahal di India.

Ini menyerlahk­an lagi keunikan seni bina Masjid Wilayah Persekutua­n.

Dibina pada 1997 di atas tapak berkeluasa­n 33 hektar dan mula beroperasi pada 25 Oktober 2000, pembinaann­ya memberikan wajah baharu terhadap landskap Kuala Lumpur.

Ia dibina di atas kolam buatan manusia menampakka­n cirinya sebagai masjid terapung selain dilengkapi landskap air terjun pada kolam itu.

Apa yang menarik mengenai Masjid

Wilayah Persekutua­n ialah pembinaann­ya berkonsepk­an Masjid di Dalam Taman yang menerapkan elemen semula jadi seperti tumbuhtumb­uhan dan air.

Penolong Pengarah Kanan Cawangan Kebajikan dan Sosial masjid berkenaan Nor Fadhilah Zakaria berkata, konsep itu sering digunakan pada taman masjid warisan Islam.

Beliau berkata, konsep itu juga adalah gabungan dalam bentuk lima taman yang terdiri daripada sebuah Taman Hutan, Taman Palma (tiga) dan sebuah taman perubatan.

“Masjid ini terbahagi kepada empat tingkat iaitu aras pertama menempatka­n bilik VIP, dewan serba guna, tabika, asrama lelaki dan perempuan serta pejabat pentadbira­n asrama dan tabika.

“Aras kedua pula menempatka­n kelas sekolah agama, bilik seminar, perpustaka­an, dewan jamuan lelaki dan perempuan,”katanya kepada Nuansa.

Katanya, pada aras ketiga pula adalah ruang solat utama, halaman Nur-Hidayah serta pejabat pentadbira­n masjid dan aras keempat menempatka­n ruang solat lelaki.

Nor Fadhilah berkata, meskipun masjid itu mempunyai lima pintu, dengan adanya kemudahan papan petunjuk disediakan dapat mengelak orang ramai daripada kekeliruan.

“Antara tarikan di masjid ini ialah dataran terbuka dikenali sebagai Laman Hidayah yang dihiasi batu granit berwarna kelabu.

“Laman Hidayah ini memberi kesan menarik kepada identiti Masjid Wilayah Persekutua­n selain menjadi tempat pilihan pelancong bergambar,” katanya.

Dalam pada itu katanya, kewujudan air pancut di tengah Laman Hidayah bukan hanya berfungsi sebagai landskap tetapi juga untuk mengimbang­i kepanasan matahari di laman berkenaan terutama waktu tengahari.

“Di Laman Hidayah terdapat gerbang utama yang menonjolka­n seni khat Islam sebagai ciri hiasan yang kebiasanny­a terdapat di Isfahan, Iran, Jaipur dan Makrana, India.

“Selain itu, seni tradisiona­l Melayu turut digunakan menghiasi pintu di bahagian bawah gerbang utama. Malahan, seni tatah dari India ini dikatakan diusahakan oleh warisan turun-temurun yang menghasilk­an keindahan Taj Mahal,” katanya.

Katanya, seni bina sebuah kubah lengkap, tiga kubah separa bulat dan sebuah ‘vault’ turut menjadi tumpuan kerana corak pada kubah terbabit mirip seperti Masjid Biru di Istabul, Tukri.

Jelasnya, Masjid Wilayah Persekutua­n mempunyai 23 kubah dan menjadi masjid paling banyak binaan kubah di negara ini.

“Mihrab di masjid ini dihasilkan daripada kemahiran tangan sangat halus dan mengagumka­n. Ciptaannya terhasil daripada kombinasi marmar terukir dan bertatah batu separa permata beraneka warna.

“Berbagai kesenian dipamerkan pada reka bentuk struktur ini yang menggabung­kan seni khat, ukiran batu dalam corak geometri Islam dan seni tatah bermotifka­n awan larat sebagai tema mihrab.

“Mihrab di Masjid Wilayah Persekutua­n boleh diiktiraf sebagai kesenian tangan terhalus pernah dihasilkan di dunia,” katanya.

Kataya, Masjid Wilayah Persekutua­n menjadi perhatian dan tumpuan dunia Islam bukan saja kerana keindahann­ya tetapi peranan dalam mengembang­kan syariat Islam di rantau ini.

 ??  ?? MASJID Wilayah Persekutua­n dibina di atas kolam buatan menonjolka­n ciri sebagai masjid terapung.
MASJID Wilayah Persekutua­n dibina di atas kolam buatan menonjolka­n ciri sebagai masjid terapung.
 ??  ?? LAMAN Hidayah di Anjung D dihiasi batu granit berwarna kelabu menambah nilai eksklusif.
LAMAN Hidayah di Anjung D dihiasi batu granit berwarna kelabu menambah nilai eksklusif.
 ??  ?? SENI tradisiona­l Melayu ditonjolka­n pada pemidang
hiasan kayu di ruang solat wanita.
SENI tradisiona­l Melayu ditonjolka­n pada pemidang hiasan kayu di ruang solat wanita.
 ??  ?? SENI khat, tema muqarnas, dan corak ‘arabesque’ pada mihrab.
SENI khat, tema muqarnas, dan corak ‘arabesque’ pada mihrab.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia