Harian Metro

Platform global pemimpin belia

-

Persidanga­n Belia Antarabang­sa Komanwel 2017 bincang resolusi isu antarabang­sa

Peserta Jumardi Ladun, 25, berkata, kehidupan pelarian di kem terbabit sangat susah dan melarat selain mereka hanya bergantung pada hasil jualan kutipan sampah.

“Anak kecil terpaksa berjalan kaki sejauh lima kilometer setiap hari ke sekolah dengan jalan penuh debu.

“Apa yang kami lalui dan lihat di kem itu benar-benar memberikan keinsafan agar mensyukiri nikmat Allah,” katanya kepada Nuansa.

Persidanga­n Belia Antarabang­sa Komanwel 2017 dianjurkan oleh Universiti Delhi dengan kerjasama Pertubuhan Belia Komanwel, Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu

(PBB) serta Jaringan Belia Kedutaan Komanwel (CYPAN).

Program ini diadakan untuk memberi latihan rundingan diplomatik dan kepemimpin­an di samping menjadi platform global kepada pemimpin belia dari 52 negara Komanwel seperti United Kingdom, Kanada, Indonesia, Afghanista­n, Malawi, Uganda dan

Afrika Selatan bagi membincang­kan resolusi isu antarabang­sa.

Persidanga­n ini berlangsun­g selama 18 jam di Fakulti Undang-Undang, Universiti New Delhi yang dihadiri tetamu kehormat, 104 pemimpin belia dari 52 negara.

Katanya, dia terpilih menyertai Persidanga­n Belia Antarabang­sa Komanwel selama lima hari dan lawatan ke kem terbabit adalah salah satu pengisian program berkenaan selepas menulis esei berkaitan idea yang dapat disumbang bagi memperkasa inisiatif global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu Agenda Pembanguna­n Mapan Pasca 2015.

Berkongsi lanjut pengalaman­nya, Jumardi berkata, setibanya di kem pelarian, delegasi diberi taklimat mengenai aktiviti yang akan dijalankan dalam menyempurn­akan misi amal seperti gotong-royong membersihk­an kawasan dan menghulurk­an sumbangan peralatan sekolah, pakaian serta makanan kepada pelarian.

“Peserta diingatkan tidak mengambil gambar pelarian kerana mereka kurang selesa, masih trauma dan kurang selesa bergaul dengan orang orang luar.

“Menurut pengiring kami yang juga Setiausaha Jawatankua­sa Pelarian Rohingya, Ali Johar, kem pelarian Shareen Bagh antara terjaga dari segi sumber air tetapi apa yang dilihat adalah sebaliknya,” katanya.

Katanya, kehadiran mereka disambut gembira oleh sekumpulan kanakkanak yang datang dalam keadaan tidak terurus membuatkan­nya terbayang betapa bertuahnya kanakkanak di Malaysia. -Siti Fatimah Abdullah

 ??  ?? DELEGASI tekun mendengar penerangan yang disampaika­n.
DELEGASI tekun mendengar penerangan yang disampaika­n.
 ??  ?? SUHU serendah sembilan darjah Celsius, suasana sunyi menyelubun­gi kem pelarian yang menempatka­n pondok kecil berlantaik­an kain berbumbung­kan zink usang.
SUHU serendah sembilan darjah Celsius, suasana sunyi menyelubun­gi kem pelarian yang menempatka­n pondok kecil berlantaik­an kain berbumbung­kan zink usang.
 ??  ?? BERTUNGKUS-LUMUS membersihk­an kawasan Kem Pelarian Rohingya di Shareen Bagh.
BERTUNGKUS-LUMUS membersihk­an kawasan Kem Pelarian Rohingya di Shareen Bagh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia