Harian Metro

Buat sendiri perhiasan kek

-

Membuat kek sejak lapan tahun lalu pada mulanya sekadar percubaan saja, namun lama-kelamaan minat mula datang dan Muhammad Rufi Muhidin tidak teragakaga­k mengikuti kelas menghasilk­an pelbagai jenis biskut, kek lapis, brownies, roti, mufin, kek dan pastri.

Menurut jejaka berusia 39 tahun ini, pada 2012 dia mula berjinak-jinak dengan kek fondant terutama untuk kek perkahwina­n dan mula belajar selok-belok mengenai pengendali­an kek fondant yang betul.

Memandangk­an tempat tinggalnya di kawasan luar bandar, permintaan untuk kek fondant amat sedikit, oleh itu, dia berusaha mencari teknik menghasilk­an kek perkahwina­n daripada krim mentega tetapi kelihatan seperti kek fondant.

“Hinggalah tahun lalu, saya berjaya menghasilk­an kek krim mentega yang kelihatan seperti fondant dengan kombinasi resipi dan teknik mudah, murah dan selamat untuk perjalanan jauh.

“Sejak itu, semakin ramai pelanggan yang menempah kek perkahwina­n hingga kini. Terbaru, saya lebih cenderung menghasilk­an kek perkahwina­n dihiasi bunga segar yang digubah indah. Bagaimanap­un, minat dan kegemaran saya masih kepada kek fondant.

“Saya suka menghasilk­an kek perkahwina­n kerana ia lebih mencabar, memerlukan ketelitian, perincian, teknik dan kemahiran yang tinggi untuk mendapatka­n hasil mengagumka­n.

“Setiap kali pelanggan menghantar gambar kek idaman mereka, saya akan cuba hasilkan rekaan lebih menarik daripada gambar yang diberikan. Saya akan buat sendiri semua perhiasan untuk kek perkahwina­n seperti ‘sugarlace’, fondant, bunga gumpaste dan hiasan lain.

“Walaupun kebanyakan bahan itu ada yang sedia dijual di kedai bakeri, saya memilih membuatnya sendiri untuk mengasah kemahiran selain mencabar keupayaan diri,” katanya.

TEROKA DUNIA MENGHIAS KEK

Anak jati Pekan Parit Raja, Batu Pahat Johor ini menambah, selain pelbagai jenis kek, pencuci mulut dan manisan, dia turut membuat dan menjual hiasan kek yang boleh ditempah mengikut rekaan dikehendak­i pelanggan.

Katanya, perkataan seperti nama pasangan pengantin atau nama individu yang menyambut hari lahir boleh diletakkan di atas kek dan sambutan terhadapny­a sangat menggalakk­an sehingga kadangkala tempahan pelanggan terpaksa ditolak kerana kesuntukan masa.

Menurut guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail, Batu Pahat, Johor ini, majalah dekorasi kek dari luar negara sentiasa menjadi inspirasi dalam melahirkan rekaan kek selain mengikuti perkembang­an serta trend terkini hiasan kek.

Katanya, dia kerap bertukar pendapat dan pandangan dengan beberapa rakan pembuat kek sekiranya mengalami kesukaran atau masalah berkaitan selain turut menjadikan beberapa rakan seperjuang­an sebagai idola dalam bidang itu.

Katanya, keluarga dan rakan banyak mendorong untuk dia bergerak ke hadapan. Keluarga terutama anak saudaranya kerap memberi komen kepada kek yang dihasilkan selain rakan pembuat kek dari Geng Baker Parit Raja #GBPR sering kali memberi sokongan, galakan dan saling bertukar pendapat.

Setiap perjalanan meniti kejayaan tidak terlepas dari cabaran, begitu juga buat Rufi. Masa adalah cabaran terbesarny­a kerana sebagai pembuat kek sambilan, dia perlu bijak membahagik­an masa antara tugas sebagai guru, pembuat dan penghias kek.

Selain itu katanya, wujud persaingan antara pembuat kek di rumah memandangk­an profesion itu kini tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Oleh itu, dia perlu mencipta kelainan supaya produknya lebih menonjol dan tersendiri berbanding pembuat kek lain.

“Cabaran lain pula berkaitan harga yang

 ??  ?? RUFI menerima penghargaa­n dalam Cake Challenge 2017.
RUFI menerima penghargaa­n dalam Cake Challenge 2017.
 ??  ?? RUFI bersama kek yang ditempah
untuk majlis perkahwina­n.
RUFI bersama kek yang ditempah untuk majlis perkahwina­n.
 ??  ?? ANTARA kek dihasilkan Rufi.
ANTARA kek dihasilkan Rufi.
 ??  ?? ANTARA kek yang dihasilkan Rufi.
ANTARA kek yang dihasilkan Rufi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia