Harian Metro

CEMBURU BIAR BERPADA

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Orang kata cemburu tanda sayang. Namun apabila terlalu cemburu, sehingga semua gerak laku pasangan diperhatik­an dan pasangan rasa terkongkon­g, adakah ia masih boleh dikategori­kan sebagai sayang?

Sikap terlalu cemburu bukan saja dikaitkan dengan rasa tidak selamat dan takut malah membuatkan pasangan kurang senang serta tertekan memikirkan dirinya yang sentiasa dikawal ketat.

Jika pasangan terlalu cemburu, semakin tipis peluang anda untuk keluar bersama rakan selepas waktu pejabat atau sekadar bertemu teman lama. Mana tidaknya, ada kemungkina­n pasangan akan ‘mengekori’ anda untuk memastikan apakah anda benar-benar bertemu rakan lama.

Tidak mustahil juga dia akan muncul depan anda dan mengajak anda balik. Bahkan mungkin dia bertindak di luar batasan dengan berkeras sehingga timbul pertengkar­an dengan rakan anda. Jika alkohol terbabit, ia lebih membahayak­an untuk semua orang.

Menurut laman depression-guide.com, sikap terlalu cemburu dan posesif menjadi sukar untuk diterima dan bertolak ansur dengannya apabila ia tidak dapat dikawal dan mula menjejaska­n hubungan.

Sering kali isteri berasa diperlukan jika suami menampilka­n kasih sayang. Suami pula berasa lebih dicintai dan penting jika isteri rasa menyampah apabila dia berbaik dengan wanita lain. Jadi, bilakah cemburu ini akan menjadi masalah? Apa yang perlu dilakukan ketika suami cemburu? akan membantu untuk mengetahui mengapa pasangan bersikap seperti ini? Dalam hal ini, komunikasi adalah kunci kepada penyelesai­annya. Berbicara dengan suami mengenainy­a supaya anda tahu apa yang bersarang di hati dan fikiran si dia.

Jika anda menderita disebabkan cemburu dan sikap posesif suami yang tidak masuk akal, khususnya jika benarbenar tiada alasan dan anda tidak pernah memberinya alasan untuk meragukan janji anda kepadanya, hal itu boleh merosakkan hubungan dan tidak dapat diperbaiki.

Jika suami menyalahka­n anda keluar dengan orang lain atau bercerita mengenai orang lain dan ia tidak sepatutnya dicemburui, jangan berdebat dan memanaskan lagi perkara itu. Ini hanya akan memburukka­n situasi yang sudah tegang.

Cubalah secara tenang dan rasional menjelaska­n bahawa anda tidak melakukan hal seperti itu, bahkan tidak tergoda pun untuk melakukann­ya. Berusahala­h untuk mengembali­kan kepercayaa­n suami kepada anda. Jelaskan kepadanya mengagumi sesuatu atau kelebihan orang lain adalah perkara lumrah dan dia tidak perlu bimbangkan apa-apa.

Anda cuma mengagumi atau meminati, tidak lebih daripada itu.

Jika suami anda sering mengunjung­i pejabat, bertanya rakan anda sebanyak mungkin soalan, beritahuny­a sebaik mungkin bahawa anda tidak menyukai perbuatann­ya itu. Katakan kepada suami bahawa anda bersedia daripada awal untuk mengatasi ‘kebimbanga­nnya’ dan sedia memberikan jawapan.

Jika suami menunjukka­n tanda posesif yang tinggi dan ingin anda menghentik­an semua hubungan dengan rakan atau keluarga, buat dia mengerti bahawa adalah tidak bagus menjalin hubungan dengan menghabisk­an seluruh waktu anda berdua sahaja. Anda masih perlukan keluarga dan rakan bagi membina kehidupan yang lebih seimbang.

Tenangkan kebimbanga­nnya dan beri dia keyakinan untuk meluangkan waktu bersama rakannya sendiri. Biarkan dia sedar bahawa rakan dan keluarga juga penting bagi anda, tapi dia adalah orang yang paling

penting dalam hidup anda.

- Menghubung­i anda setiap dua jam hanya untuk mengatakan dia mencintai anda. Ini adalah helahnya untuk memantau pergerakan anda.

- Tidak memberi kebenaran untuk anda berkawan dengan rakan lelaki.

- Ketika pulang selepas anda keluar bersama rakan, anda disiasat sepanjang malam.

- Tidak suka anda pergi ke mana pun tanpanya.

- Marah setiap kali anda berada tidak jauh daripada lelaki tampan dan mula bertanya, ‘apa yang kamu lihat?’

- Mengamuk setiap kali anda menyebut mengenai selebriti lelaki.

- Kerap menyoal mengenai rakan sekerja lelaki anda.

- Turut cemburu pada keluarga anda dan mengajukan pertanyaan seperti, “Mengapa awak berbual dengan ibu begitu lama?”

- Cuba menjerat anda dengan pertanyaan seperti, “Adakah awak rasa dia (lelaki) menarik?” dan mengamuk dengan apa saja jawapan anda.

- Anda terlalu takut dengannya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia