Harian Metro

DULU MENGELAK, KINI JADI SUAMI

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Perkenalan di alam maya antara pasangan ini tidak dijangka berakhir di jenjang pelamin. Tapi benarlah kata orang, jika sudah jodoh, walau beribu batu pasti bertemu.

Itu pengalaman yang tidak mungkin dilupakan Mohamed Sufi Abdul Ghani dan isteri, Nurul Fhatihah Hakem Mohd Zakinan. Kedua-duanya berkenalan melalui laman sosial.

Namun, perkenalan awal mereka tidaklah seindah yang disangka kerana Nurul Fhatihah sendiri enggan mengenali suaminya itu atas prinsip tidak mahu ada kenalan rapat lelaki atas urusan tidak rasmi atau serius.

Menurut Nurul Fhatihah, dua kali dia terpaksa menyekat semua media sosialnya termasuk WhatsApp, Instagram dan Facebook dalam tempoh lama kerana mahu mengelak lelaki yang menjadi suaminya kini.

Bagaimanap­un, wanita itu bertuah kerana dalam diam, Mohamed Sufi tetap berusaha mendekati dan mengenali hati budinya, sehingga satu hari selepas lama tidak berhubung, lelaki itu memberanik­an diri menghubung­inya.

Nurul Fhatihah yang tidak menyangkak­an panggilan itu daripada Mohamed Sufi tergamam kerana lelaki itu masih berusaha mengenalin­ya. Ketika itu hatinya sebak, mereka akhirnya membuat keputusan meneruskan hubungan persahabat­an.

Hanya berhubung melalui telefon selama berkenalan, Mohamed

Sufi lantas menyunting Nurul Fhatihah dalam ikatan pertunanga­n dan seterusnya pernikahan. Tiada istilah percintaan, mereka kini menyulam bahagia bercinta selepas nikah.

Pasangan ini disatukan dalam majlis pernikahan pada 1 Julai 2017 dan mereka diraikan dalam majlis resepsi di Dewan Anggerik, Hotel PutrajayaB­angi.

Bagi Nurul Fhatihah, pengalaman paling manis adalah ketika akad nikah apabila adik lelakinya, Abdul Fatah Hakem menggalas tugas mengakadka­nnya kerana ketiadaan bapa yang meninggal akibat penyakit jantung.

Katanya, dia gembira ketika itu dapat dirasakan arwah berbangga dengan adiknya itu dan walaupun hiba kerana ayah tiada di sisi. Selesai bernikah segala beban seolaholah terus hilang dan kini Nurul Fhatihah bahagia menikmati dunia percintaan sebenar bersama suami.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia