Harian Metro

Beri tahap penyerapan unggul

-

Kebanyakan orang tidak akan memilih untuk memakai pakaian kegemaran mereka untuk berjoging. Kita juga tidak akan keluar makan bersama rakan dengan mengenakan kit larian harian.

Namun kini keadaan sudah berubah. Penggabung­an sukan dan kehidupan seharian menjadi lebih mudah dan murah menerusi kasut, berbanding sebelum ini menyebabka­n semakin ramai selesa menggayaka­n kasut sukan ketika bersantai. Ada kala, kasut larian itulah juga yang disarung tatkala keluar bersama rakan.

ASICS RoadHawk FF adalah penambahan terbaru kepada produk larian berprestas­i jenama ini. Ia menggabung­kan manfaat teknikal larian yang terunggul dengan reka bentuk keremajaan, fungsinya sama seperti berjoging di taman atau berjalan di sekeliling bandar.

Dari sudut teknikal, reka bentuk Mesh MonoSock separuh yang halus memegang dan memberikan sokongan pada kaki dengan selesa sementara Ortholite Sockliner menawarkan penyerapan unggul dan cepat kering.

Ini memastikan pemakai sentiasa rasa disokong, kering dan selesa sepanjang larian mereka. Kasut ini juga menampilka­n tapak tengah ASICS FlyteFoam yang penuh, kira-kira 55 peratus lebih ringan daripada piawaian industri tapak tengah. Ini memberikan pelari tahap penyerapan unggul, ketahanan bentuk tinggi dan rasa kelajuan yang tidak dapat ditandingi.

Pengarah Pemasaran Asia Kenji Oh berkata, jenama itu memahami bahawa bukan semua orang memilih kasut untuk sukan.

Oleh itu katanya, model itu direka bagi memberikan pengalaman laju, responsif dan selesa pada manamana aktiviti larian tetapi cukup bergaya untuk dipakai dalam kehidupan seharian.

”Kami teruja untuk memperkena­lkan kasut yang membuktika­n kelajuan dan gaya boleh digabungka­n. Ia boleh didapati pada harga RM399 sepasang,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia