Harian Metro

PENTAS TONJOL KREATIVITI

-

saya kira ia satu pencapaian kerana bukan mudah untuk mencari penaja bagi menganjurk­an acara sebegini.

“Malah, untuk tahun ini saja, kira-kira 150 pereka akan turut serta dan sambutan daripada mereka bukti penganjura­n KLFWRTW mula dipandang serius termasuk dalam kalangan pendatang baru dalam industri.

“Jadi, kami berharap peluang ini akan digunakan sebaik-baiknya oleh semua pihak khasnya pereka muda untuk membuktika­n rekaan mereka boleh dikomersia­lkan sehingga ke peringkat antarabang­sa,” katanya.

Menurut Tan, selain pereka tempatan, KLFWRTW 2017 turut mengundang pemain industri dari enam negara di rantau Asia iaitu China, India, Australia, Jepun, Filipina dan Korea Selatan.

Tan berkata, matlamatny­a adalah untuk memberi peluang kepada pereka terbabit berkongsi idea dan kreativiti di pentas yang sama selain mempromosi­kan jenama fesyen tempatan.

150 pereka fesyen baru, berpengala­man sertai KLFWRTW 2017

“Kami bekerjasam­a baik dengan Tourism Malaysia dan syarikat penerbanga­n tambang murah terkemuka, AirAsia untuk menarik penyertaan pereka dari enam negara terbabit.

“Diharap inisiatif itu memberi pulangan yang baik khasnya kepada pereka tempatan yang baru pertama kali mempamerka­n rekaan eksklusif mereka pada acara berkenaan nanti,” katanya.

KLFWRTW 2017 akan diadakan selama lima hari bermula 16 hingga 20 Ogos depan di pusat beli-belah terkemuka di ibu kota iaitu Pavilion, Bukit Bintang.

Majlis perasmian bakal disempurna­kan Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz

 ??  ?? TIMBALAN Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (tiga dari kiri) bersama Tan (dua dari kiri) selepas pelancaran KLFWRTW 2017 di Kelab Zouk, Kuala Lumpur.
TIMBALAN Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (tiga dari kiri) bersama Tan (dua dari kiri) selepas pelancaran KLFWRTW 2017 di Kelab Zouk, Kuala Lumpur.
 ??  ?? MAJLIS pelancaran KLFWRTW 2017.
MAJLIS pelancaran KLFWRTW 2017.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia