Harian Metro

KEJUTAN 4 ADIWIRA

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Bagaikan fantasi dalam sebuah drama bersiri adiwira apabila empat watak superhero terkenal membuat kejutan muncul secara tiba-tiba di trak makanan di Dataran

Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Kemunculan khas Spiderman, Captain Spidey, Vulture dan Blue Lanthen di dataran berkenaan bukan sebagai hero seperti dalam drama bersiri itu tetapi untuk menghiburk­an pengunjung trak makanan di Dataran Wangsa Melawati sempena program Spiderman ‘Amazing Night’.

Pada malam itu, makanan di trak makanan bukan fokus utama pengunjung kerana ramai lebih tertarik dengan kehadiran adiwira terbabit dan tidak melepaskan peluang bergambar kenangan bersama.

Kehadiran mereka menggamatk­an suasana di dataran itu menjadi lebih meriah dan pengunjung berpeluang menonton wayang pacak secara percuma bagi tayangan filem Spiderman musim lalu.

Pengunjung, Elfee

Matin Mohd Fauzi berusia tujuh tahun berkata, dia teruja bertemu adiwira Spiderman kerana sangat meminati watak itu dalam drama bersiri dan filem Spiderman.

“Selalunya saya hanya lihat dalam akhbar kanakkanak bergambar dengan adiwira kesukaan mereka tetapi tidak sangka kali ini peluang saya (bertemu dan bergambar).

“Ini pertama kali saya datang ke Dataran Trak Makanan bersama ibu saudara dan saya menyedari kehadiran adiwira itu apabila melihat satu kumpulan berkumpul sambil menjerit gembira.

“Kegembiraa­n saya berganda apabila adiwira itu datang ke arah saya dan sudi bergambar bersama,” katanya kepada Nuansa.

Peniaga trak makanan, Khubrani Abd Aziz, 37, berkata, dia terkejut apabila trak makanannya yang menjual makanan Itali menjadi pilihan adiwira terbabit untuk singgah bermesra dengannya.

“Sejak lima bulan berniaga di dataran, ini kali pertama menerima kunjung adiwira terbabit.

“Saya harap kehadiran mereka membawa rezeki kepada perniagaan ini,” katanya.

Sementara itu, Pengurus The Ultimate Cosplayers Natasha Emelia Laila Abdul Rahman berkata, wayang pacak yang diadakan itu bertujuan mencari dana untuk diserahkan kepada sebuah rumah anak yatim di Taman Melawati.

“Ini peluang kepada pengunjung untuk membeli makanan sambil beramal dengan kutipan disasarkan ialah RM2,500.

 ??  ?? KANAK-kanak mengambil peluang bergambar bersama Spiderman dan Vulture.
KANAK-kanak mengambil peluang bergambar bersama Spiderman dan Vulture.
 ??  ?? EMPAT adiwira Spiderman, Captain Spidey, Vulture dan Blue Lanthen di Dataran Wangsa Melawati, Kuala
Lumpur.
EMPAT adiwira Spiderman, Captain Spidey, Vulture dan Blue Lanthen di Dataran Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.
 ??  ?? ADIWIRA bermesra dengan peniaga trak
makanan.
ADIWIRA bermesra dengan peniaga trak makanan.
 ??  ?? SPIDERMAN dan Vulture bermesra dengan
pengunjung.
SPIDERMAN dan Vulture bermesra dengan pengunjung.
 ??  ?? NATASHA Emelia
NATASHA Emelia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia