Harian Metro

Manfaatkan bakat muda

-

Kerjasama 2 organisasi babitkan perkongsia­n eksekutif

kanan Mondelez sumbang masa, kepakaran

pembelajar­an datangnya daripada latihan formal dan program berkualiti tinggi.

“Warga kerja seterusnya menerima sokongan 20 peratus daripada latihan dan mentor manakala 70 peratus lagi datang daripada pengalaman semasa kerja serta pembelajar­an daripada kesilapan,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran kerjasama dengan AIESEC di Dewan Putra 2, Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, baru-baru ini.

Katanya lagi, pelaburan modal insan adalah elemen penting dalam memacu pertumbuha­n perniagaan.

“Pekerja adalah nadi syarikat dan salah satu fokus utama kami adalah untuk membawa masuk pekerja yang sesuai, meningkatk­an kemahiran selain menyediaka­n peluang sewajarnya supaya mereka berjaya.

“Kami percaya kerjasama dengan AIESEC mampu mengukuhka­n usaha untuk meningkatk­an nilai warga kerja kami,” katanya.

Pengarah Urusan AIESEC Malaysia

John Lau Chun Kuang berkata, pihaknya berbesar hati melihat syarikat antarabang­sa komited dan bersungguh membangunk­an bakat muda.

“Kami sentiasa mencari peluang untuk menyediaka­n pengalaman pembanguna­n kepemimpin­an kepada setiap anggota menerusi peluang kerja sukarela antarabang­sa dan latihan sambil belajar.

“Kerjasama dengan Mondelez bakal menambah satu lagi dimensi kepada usaha kami dalam meningkatk­an kemahiran kepemimpin­an ahli,” katanya.

Inisiatif Mondelez dalam membangunk­an bakat generasi muda turut diterjemah­kan melalui penganjura­n program graduan yang dipanggil iTaste.

Program berkenaan bermatlama­t menarik minat individu cemerlang yang menonjolka­n kemahiran dan ciri kepemimpin­an.

Program berlangsun­g selama 12 bulan itu dibuat untuk memupuk bakat graduan yang berkeboleh­an menerusi pembelajar­an dunia nyata selain mendedahka­n fungsi dan operasi perniagaan syarikat.

 ??  ?? AHLI Jawatankua­sa AIESEC bersama Swadheen selepas majlis pelancaran yang berlangsun­g di Dewan Putra 2, Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, baru-baru ini.
AHLI Jawatankua­sa AIESEC bersama Swadheen selepas majlis pelancaran yang berlangsun­g di Dewan Putra 2, Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, baru-baru ini.
 ??  ?? AIESEC Malaysia menyambut baik
usaha syarikat Mondelez dalam membangunk­an
bakat muda.
AIESEC Malaysia menyambut baik usaha syarikat Mondelez dalam membangunk­an bakat muda.
 ??  ?? SWADHEEN (kiri) bersama
Lau dan ahli AIESEC lain selepas majlis pelancaran kerjasama antara dua
organisasi.
SWADHEEN (kiri) bersama Lau dan ahli AIESEC lain selepas majlis pelancaran kerjasama antara dua organisasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia