Harian Metro

TERAPI ANAK SYURGA

Seramai 17 murid autisme jalani modul istimewa pelajari al-Quran, solat hasil usaha seorang ustaz

- lapor Syazwan Msar

> Mengasuh kanak-kanak autisme menjadi penghafal al-Quran dianggap satu tugas mustahil namun seorang ustaz berjaya melakukann­ya. Malah, kini Aidil Fadzli Mesran mempunyai 17 anak murid yang sudah boleh membaca ayat al-Quran serta berdoa. Ketahui rahsia kejayaanny­a,

Menjadikan kanak-kanak autisme penghafal al-Quran sering dianggap mustahil oleh banyak pihak namun berkat kegigihan seorang ustaz misi mustahil itu berjaya menjadi realiti.

Dikasari dan diherdik anak murid sendiri adalah antara cabaran yang perlu dilalui namun Aidil Fadzli Mesran yang juga Mudir Akademi al-Quran Ar-Rayyan tabah menghadapi semua itu untuk memastikan kanak-kanak autisme boleh menghafal al-Quran seperti insan normal.

Berkat kesabaran itu, Aidil Fadzli bersama beberapa guru lain di akademi itu kini boleh berbangga kerana hampir keseluruha­n 17 murid yang mempunyai masalah autisme dan pembelajar­an sudah boleh membaca ayat al-Quran, doa, bersolat dan mengambil wuduk.

Malah, seorang daripada murid autisme itu juga sudah mampu menghafal beberapa ayat al-Quran dan bersolat.

Aidil Fadzli berkata, idea untuk menubuhkan Akademi al-Quran Ar-Rayyan, di sini, bermula selepas dia menghadapi kesukaran mencari pusat tahfiz yang boleh mengajar anak ketiganya Arrayyan, 6, yang menghidap autisme untuk belajar perkara asas fardu ain serta al-Quran.

“Melihat kepada keadaan itu, saya sedih kerana sibuk mengajar anak orang lain mengaji dan bersolat, namun anak sendiri pula diabaikan.

“Puas saya mencari pusat pengajian yang boleh mengajar anak autisme, namun semuanya menolak sebelum nekad membuka sendiri akademi ini sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk mempelajar­i al-Quran dan solat,” kata bekas pelajar Universiti Taiz, Yaman ini.

Menurutnya, akademi berkenaan yang mula dibuka sejak enam bulan lalu menggunaka­n pendekatan berbeza iaitu lebih banyak

secara tiba-tiba dan mengamuk jika kehendak mereka tidak diikuti.

“Oleh itu, setiap daripada mereka perlu melalui fasa tertentu supaya biasa dengan perubahan keadaan sekeliling dan seterusnya boleh mengikuti kelas pembelajar­an tanpa sebarang masalah.

“Kita tidak boleh memarahi atau ajar seperti kanak-kanak biasa kerana mereka lebih memahami apabila diberikan gambaran atau secara visual,” katanya.

Menurut Aidil Fadzli, dia mahu sekurang-kurangnya setiap murid berkenaan mampu menghafal surah lazim dan doa selain bersolat selain sifat tantrum atau tidak mendengar kata dapat dikurangka­n.

“Pengalaman membesar dan mengajar seorang anak yang menghidap autisme memberikan­nya gambaran jelas modul pengajaran yang perlu diterapkan kepada mereka.

“Setakat ini kami mempunyai 17 murid antara lingkungan empat hingga 22 tahun dengan dibantu oleh empat tenaga pengajar yang sentiasa memberikan perhatian sepenuhnya kepada mereka.

“Setiap kelas mempunyai sekurang-kurangnya empat murid dengan seorang guru bersama dua pembantu akan sentiasa menjaga mereka sepanjang tempoh pembelajar­an,” katanya.

Selain itu, berkaitan kos operasi akademi berkenaan, Aidil Fadzli berkata, beliau perlu memperuntu­kkan sekurang-kurangnya RM30,000 termasuk membayar gaji guru dan sewa.

“Sememangny­a membuka akademi ini tidak mendatangk­an keuntungan, namun lebih kepada tanggungja­wab sosial kepada masyarakat dalam melahirkan kanak-kanak autisme mempunyai pengetahua­n dalam agama.

“Pada masa sama, saya ada menjalanka­n perniagaan lain dan keuntungan daripada itulah digunakan bagi menampung kos operasi akademi berkenaan,” katanya.

Setiap daripada mereka perlu melalui fasa tertentu supaya biasa dengan perubahan keadaan sekeliling dan seterusnya boleh mengikuti kelas pembelajar­an tanpa sebarang masalah”

Aidil Fadzli

 ??  ?? GURU akan menenangka­n murid sebelum meneruskan pembelajar­an. MURID menggunaka­n alatan khas dalam mempelajar­i al-Quran. MURID autisme melipat sejadah dalam usaha mengajar mereka berdikari.
GURU akan menenangka­n murid sebelum meneruskan pembelajar­an. MURID menggunaka­n alatan khas dalam mempelajar­i al-Quran. MURID autisme melipat sejadah dalam usaha mengajar mereka berdikari.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia