Harian Metro

Dicekik murid ketika mengajar

-

menggunaka­n terapi dan pendekatan menerusi bacaan ayat al-Quran dalam melembutka­n hati anak syurga berkenaan.

“Rata-rata kanak-kanak autisme ini mempunyai sifat tantrum iaitu akan marah Gombak: “Saya pernah dipukul dan dicekik murid sendiri apabila kehendak mereka tidak diikuti,” kata guru agama Akademi Quran Ar-Rayyan Nur Hamama Sakinah Ithnin, 24, yang berpengala­man lebih enam bulan mengajar agama kanak-kanak autisme.

Nur Hamama berkata, situasi mengejar dan memujuk kanak-kanak autisme untuk mengikuti sesi pembelajar­an adalah perkara biasa, malah insiden dicekik adalah resam dalam mendidik mereka untuk pandai dalam ilmu agama.

Bekas pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu berkata, walaupun terdapat pengalaman pahit dalam mendidik anak autisme, namun segalanya berubah apabila melihat mereka boleh mengaji al-Quran dan bersolat seperti insan normal lain.

“Pengalaman mengajar kanak-kanak autisme menguji kesabaran dan kecekalan kerana memerlukan teknik dan kaedah yang betul bagi memastikan setiap proses pembelajar­an tiada sebarang masalah.

“Pada peringkat awal memang terlintas untuk berhenti namun saya memikirkan inilah tanggungja­wab dan amanah yang perlu dipikul supaya mereka pandai dalam ilmu agama,” katanya ketika ditemui, di sini.

Dia berkata, rasa sayang kepada mereka menguatkan lagi keinginan untuk terus menabur bakti di akademi berkenaan lebih-lebih lagi apabila melihat ada antara kanak-kanak berkenaan sudah mampu menghafal ayat al-Quran dengan hanya memberikan nama surah saja.

“Malah, mereka juga mampu membaca potongan ayat al-Quran apabila diminta berbuat demikian.

“Perkembang­an positif itu cukup memberikan rasa puas hati kepada guru agama di akademi ini kerana segala usaha dan penat lelah ternyata berbaloi,” katanya.

 ??  ?? AIDIL Fadzli (kiri) bersama tenaga pengajar dan murid.
AIDIL Fadzli (kiri) bersama tenaga pengajar dan murid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia