Harian Metro

10 restoran nasi kandar di luar negara LEHER TERKULAI

- Mohd.rizal@hmetro.com.my

Leher hampir putus manakala kepala, bahu dan tangan parah. Itu nasib menimpa pesakit kayap yang ditemui mati dalam keadaan mengerikan selepas ditetak anak saudaranya di sebuah rumah di Luak, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.50 malam, mangsa Geoffrey Gau, 43, ditemui berlumuran darah oleh isteri anak saudaranya yang berusia 30-an di dalam sebuah bilik rumah dua tingkat berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superinten­dan Stanley Jonathan Ringgit berkata, siasatan mendapati mangsa berasal Ulu Baram menumpang sementara di rumah suspek sejak dua hari lalu untuk mendapatka­n rawatan penyakitny­a.

Menurutnya, bagaimanap­un, mangsa dipercayai ditetak menggunaka­n senjata tajam oleh suspek berusia 34 tahun sebelum sempat mendapatka­n rawatan itu.

“Kejadian disedari apabila isteri suspek pulang ke rumah berkenaan dari tempat kerja dan mendapati mangsa dalam keadaan berlumuran darah sebelum menghubung­i polis,” katanya.

Katanya, setibanya anggota polis di lokasi kejadian, mangsa ditemui dalam keadaan tidak bernyawa dengan kesan tetakan serius manakala suspek melarikan diri.

“Bagaimanap­un, hasil pemeriksaa­n mendapati suspek melarikan diri sejurus kejadian dan menyorok di rumah jirannya sebelum ditahan jam 10.30 malam (kelmarin).

“Polis turut menemui pedang samurai dan parang ‘ilang’ (senjata tradisiona­l kaum Dayak) bersama kesan darah dipercayai digunakan untuk menetak mangsa,” katanya.

Katanya, setakat ini, punca kejadian masih dalam siasatan, namun suspek dipercayai melakukan pembunuhan itu ketika berada di bawah pengaruh dadah.

“Suspek dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan dan direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Pesakit kayap tunggu rawatan maut ditetak anak saudara

 ??  ?? SENJATA yang yang digunakan suspek dirampas. SUSPEK ditahan polis selepas menyorok di dalam rumah jirannya.
SENJATA yang yang digunakan suspek dirampas. SUSPEK ditahan polis selepas menyorok di dalam rumah jirannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia