Harian Metro

SYOR SYARIKAT ABANG

- Siraj Mohd Zaini siraj@hmetro.com.my

 Pegawai JAIS nafi tuduhan salah guna kuasa babit RM10,000

Kakitangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan menyalahgu­nakan kuasa membabitka­n wang tunai RM10,000 pada Februari tahun lalu.

Tertuduh yang berkhidmat sebagai Pegawai Dakwah di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat Hairul Nizan Mhd Idris, 36, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut pertuduhan, Hairul Nizan didakwa menggunaka­n jawatannya untuk mengemukak­an permohonan dan syor pembekalan syarikat Prisma Jaya Kini Resources, milik abangnya bagi majlis Tilawah al-Quran peringkat daerah Hulu Langat berjumlah RM10,000.

Perbuatan itu dilakukan pada 1 Februari 2016 di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima ganda jumlah atau nilai suapan.

Rozilah menetapkan ikat jamin RM20,000 dan 4 September ini sebagai tarikh sebutan semula.

Terdahulu, peguam tertuduh Hamidi Mohd Noh meminta ikat jamin berkenaan dikurangka­n kepada RM5,000 dengan alasan anak guamnya hanya bekerja kontrak dengan gaji RM3,000 sebulan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya SPRM Heikal Ismail.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia