Harian Metro

‘TERLALU BAIK’

Pelajar Malaysia lemas di Sungai Arakawa, Jepun

- Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

“Arwah antara orang yang kita tidak akan boleh ingat keburukann­ya, dia terlalu baik dan ternyata Allah SWT lebih menyayangi­nya,” kata Wan Mehdi, 22, rakan kepada Muhammad Amirul Ashraf Abdullah, 21, penuntut Malaysia yang lemas ketika berkelah di Sungai Arakawa, Saitama, Jepun, kelmarin.

Wan berkata, arwah Muhammad Amirul banyak membantuny­a dalam menghadapi peperiksaa­n bahasa Jepun sebelum melanjutka­n pelajaran ke Universiti Yamaguchi.

“Saya antara pelajar yang kurang dapat menguasai bahasa Jepun dan waktu itu arwah duduk sebelah saya dalam satu kelas.

“Arwah tahu saya ada masalah dan dia banyak memberi semangat dan tunjuk ajar cara belajar bahasa asing ini, akhirnya Alhamdulil­lah saya lulus peperiksaa­n dan dapat melanjutka­n pelajaran di sini (Jepun),” katanya.

Muhammad Amirul Ash- raf, penuntut tahun akhir jurusan kejurutera­an mekanikal informatik­s di Universiti Meiji, Tokyo ditemui lemas ketika cuba menyeberan­gi sungai ketika berkelah bersama 10 rakan lain.

Rakan serumah arwah yang mahu dikenali sebagai Ridzwan berkata, arwah memang dikenali sebagai rakan yang baik dan tidak pernah kedekut dari segi harta atau ilmu.

“Kalau arwah beli makanan, dia akan berkongsi dengan saya, begitu juga dalam pelajaran, dia akan ajar kalau saya tidak faham,” katanya yang sama universiti tetapi jurusan lain.

Dalam kejadian jam 4 petang (waktu tempatan) itu, Muhammad Amirul yang juga pelajar tajaan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) bersama 10 rakannya mengadakan perkelahan di sungai itu selepas tamat peperiksaa­n.

Mangsa dilaporkan ber- sama dua lagi rakannya cuba menyeberan­g sungai ketika rakan lain sedang menyiapkan bahan untuk memasak barbeku.

Pengurus Unit Koordinasi YPM Khairul Amri Masrakin berkata, arwah dikatakan tiba-tiba tenggelam dan lemas apabila tiba di kawasan tengah sungai, seorang rakannya sampai ke seberang manakala seorang lagi tidak jadi menyeberan­gi sungai. Sementara itu Bernama melaporkan, ibu arwah, Junaidah Mat Ali, 43, berkata, Muhammad Amirul anak lelaki tunggal dan perwatakan­nya disenangi adik-beradik.

Pengarah Projek Malaysia-Japan Higher Education, Yayasan Pelajaran Mara (YPM) Mat Zailani Mat Nawawi berkata, jenazah dijangka dibawa pulang ke Malaysia pada Rabu atau Khamis bergantung kepada jadual penerbanga­n serta prosedur sedia ada yang ditetapkan negara itu.

 ??  ?? MUHAMMAD Amirul Ashraf ketika hayat manakala gambar kecil arwah (tiga kanan) ketika menghabisk­an cuti bersama rakan di Jepun.
MUHAMMAD Amirul Ashraf ketika hayat manakala gambar kecil arwah (tiga kanan) ketika menghabisk­an cuti bersama rakan di Jepun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia