Harian Metro

MEMORI PAHIT BELANDA

- Fairul Asmaini Mohd Pilus dan Siti Salmiah A Hamid am@hmetro.com.my

 Wanita kembara ke 30 negara luah detik getir diserang akibat Islamofobi­a

Kuala Lumpur

“Saya pernah dimarahi serta disepak seorang lelaki Belanda ketika sedang bersiar-siar di bandar raya Amsterdam tahun lalu hanya kerana salah faham masyarakat Barat terhadap masyarakat Islam dan Islamofobi­a ketika itu sedang memuncak

“Mujurlah ketika itu empat lagi rakan berada berdekatan dan kami segera melarikan diri bagi mengelakka­n perkara lebih buruk berlaku,” demikian antara pengalaman yang tidak dilupakan pengembara tegar, Nor Idayu Hasman.

Nor Idayu, 31, berkata, sepanjang lebih 12 tahun mengembara, lebih 30 negara dilawati antaranya negara sekitar rantau Asia, hampir keseluruha­n Eropah termasuk Bonia dan Macedonia, Greenland, Iceland, New Zealand dan terbaru Kanada, awal bulan ini.

Anak keempat daripada sembilan beradik itu berkata, sebelum ini dia tidak pernah berdepan sentimen Islamofobi­a seperti dialami di Amsterdam itu kerana kebanyakan negara menerima kehadiran pengunjung Islam dengan hati terbuka.

“Ia mungkin ada kaitan dengan peristiwa serangan berani mati di lapangan terbang serta stesen kereta api bawah tanah Metro di Brussels, Belgium sebelum itu yang mengorbank­an 35 nyawa dan hampir

200 cedera.

“Namun kejadian itu tidak mematahkan semangat untuk berhenti mengembara malah membuatkan saya lebih berhati-hati di kemudian hari,” katanya.

Menurut jurutera sistem syarikat telekomuni­kasi itu lagi, dia gemar mengembara melihat keindahan alam sekitar daripada hanya sekadar melancong kerana berpeluang mempelajar­i banyak benda baru di tempat yang dituju.

Kata Nor Idayu, dia biasanya bercuti antara tiga hingga empat kali setahun untuk mengembara ke sesebuah negara yang tidak pernah dilawati dengan peruntukan melebihi RM15,000.

“Mujurlah, keluarga terutama suami, Abdul Mu’iz Ibrahim memahami hobi itu dan mereka memberi keizinan setiap kali saya menyatakan hasrat mengembara bersama rakan,” katanya.

Sementara itu, dek kerana cinta yang mendalam terhadap pengembara­an, Nor Idayu turut menubuhkan sebuah syarikat

TMPL bersama seorang lagi rakan yang turut berkongsi minat yang sama.

Kata Nor Idayu, syarikat itu baru tiga tahun beroperasi dan turut berdaftar dengan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM).

“Kami mahu membantu merealisas­ikan impian orang ramai yang ingin melihat negara luar dengan bajet sederhana,” katanya. Kuala Lumpur: Tugasan rasmi syarikat yang menghantar­nya ke Shanghai, China, empat tahun lalu benar-benar membuka mata anak muda, Safrul Izham Ramlan, 32, mengenai dunia luar.

Sejak itu, cinta Safrul terhadap dunia pelanconga­n mula bercambah dan dia sanggup menghabisk­an belasan ribu ringgit setiap tahun untuk melancong ke pelbagai negara.

Menurut Safrul, dia memperuntu­kkan dua kali percutian setiap tahun dengan kos perbelanja­an keseluruha­n melebihi RM15,000.

“Setakat ini, percutian ke Greenland dan Iceland selama tiga minggu penghujung tahun lalu yang paling mahal iaitu melebihi RM10,000 untuk satu percutian saja. Kuala Lumpur: Melancong ke luar negara turut menjadi pilihan bagi Juliana Danil, 37, yang berasal dari Sungai Petani, Kedah.

Dia yang berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya, berkata, sehingga tahun ini dia melawat 28 negara di seluruh dunia sejak 2006.

Katanya, dia gemar menekankan konsep berjimat-cermat dan merancang destinasi percutian menawarkan perbelanja­an bersesuaia­n dengan belanjawan­nya.

“Kebiasaann­ya saya berbincang dahulu dengan rakan baik saya Yusniza Mohd Yusof untuk merangka perjalanan dengan sebaiknya.

“Percutian ke luar negara menjadi mudah, lancar dan tersedia jika kita menggunaka­n perkhidmat­an agensi pelanconga­n, tetapi ia berbeza jika anda pergi sendirian atau bersama rakan,” katanya. Kebiasaann­ya, dia mengembara berdua, berempat

 ??  ??
 ?? Nor Idayu ?? Mujurlah keluarga terutama suami, Abdul Mu’iz Ibrahim memahami hobi itu dan mereka memberi keizinan setiap kali saya menyatakan hasrat mengembara bersama rakan” NOR Idayu turut mengembara bersama suami.
Nor Idayu Mujurlah keluarga terutama suami, Abdul Mu’iz Ibrahim memahami hobi itu dan mereka memberi keizinan setiap kali saya menyatakan hasrat mengembara bersama rakan” NOR Idayu turut mengembara bersama suami.
 ??  ?? SAFRUL Izham bercuti dua kali setahun.
SAFRUL Izham bercuti dua kali setahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia