Harian Metro

PEMANIS CEREWET

- Noor Hidayah Tanzizi am@hmetro.com.my

Bubur anak lebah antara makanan warisan Perak yang semakin kurang dikenali generasi muda kini sehingga ada yang tidak pernah merasainya, malah mengetahui kewujudan pemanis mulut itu.

Bubur yang dihasilkan daripada tepung dan berbentuk bujur kecil seolah-olah anak lebah itu lebih popular di daerah Perak Tengah terutama Bota dengan cara penyediaan yang unik memerlukan kemahiran serta agak cerewet.

Seorang pembuat bubur anak lebah, Sabariah Mat Piah, 64, berkata, bubur itu dihidangka­n ketika kenduri berendoi atau selepas wanita habis berpantang melahirkan anak.

Menurutnya, selaras dengan perubahan zaman bubur anak lebah turut dihidangka­n dalam pelbagai majlis lain seperti kenduri kahwin.

“Namun generasi muda perlu mempelajar­i penyediaan bubur ini bagi memastikan makanan tradisi itu terus kekal sepanjang zaman kerana ia makanan tradisi yang digemari.

“Membuat makanan tradisiona­l ini tidak susah walaupun penyediaan­nya agak remeh dan ia perlu diwarisi supaya tidak hanya tinggal nama sahaja,” katanya di FELCRA Gugusan Lekir, di sini.

Sabariah berkata, biarpun begitu resipi anak lebah mudah tidak menggunaka­n banyak bahan namun uniknya ia memerlukan kerjasama beberapa individu untuk membantu.

“Bubur anak lebah menggunaka­n tepung beras, kapur makanan, santan, gula dan daun pandan yang diuli menjadi doh yang agak lembik untuk memudahkan ia ditekan di atas acuan khas berlubang kecil yang dipegang rakan lain,” katanya.

 Tradisi penghasila­n bubur anak lebah kini

hanya dinikmati ketika keraian sahaja

 ??  ?? BUBUR anak lebah yang siap. ADUNAN tepung ditekan di atas acuan khas untuk menghasil butiran anak lebah yang cantik di dalam santan yang dimasak.
BUBUR anak lebah yang siap. ADUNAN tepung ditekan di atas acuan khas untuk menghasil butiran anak lebah yang cantik di dalam santan yang dimasak.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia