Harian Metro

DIBALUN PENYAPU

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@hmetro.com.my

 Remaja cedera, lebam dakwa dipukul guru

Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun cedera dan lebam di tangan kiri selepas didakwa dipukul dengan penyapu oleh seorang guru Pendidikan Moral pada Rabu lalu.

Pelajar sebuah sekolah menengah di Tampoi yang dikenali sebagai Yin itu berkata, kejadian berlaku 5.30 petang ketika dia bersama semua rakannya berdiri di tempat duduk di belakang kelas berhampira­n pintu keluar.

Katanya, secara tiba-tiba, sebelum memulakan proses pembelajar­an, guru perempuan berkenaan mengambil penyapu dan memukul paha dan tangan kirinya tanpa sebab.

“Ketika itu ada seorang guru perempuan mendengar jeritan guru memukul saya dan segera memasuki kelas bagi meninjau keadaan.

“Guru dari kelas sebelah itu turut membawa saya berjumpa pengetua sebelum kejadian dimaklum kepada ibu.

“Ibu saya tampil ke sekolah pada 7 malam dan membawa saya pulang,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Skudai pada hari kejadian.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, setakat ini siasatan pihaknya mendapati kes berkenaan berasas.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati guru berkenaan tidak mengakui kesalahann­ya, tetapi siasatan dijalankan termasuk oleh polis.

“Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru dan Jabatan Pendidikan negeri juga mengambil tindakan bagi menyelesai­kan aduan yang dibuat pelajar berkenaan.

“Sekiranya benar kes berkenaan berlaku, guru terbabit akan dikenakan tindakan tatatertib yang sewajarnya,” katanya.

 ??  ?? PELAJAR yang cedera dan lebam didakwa dipukul guru.
PELAJAR yang cedera dan lebam didakwa dipukul guru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia