Harian Metro

KECUT KENA ‘TAHAN’

-

 Dua rakyat Malaysia terima hadiah daripada imam Masjidilha­ram

Dua jemaah Malaysia menganggap diri mereka cukup bertuah terpilih secara rambang untuk menerima hadiah istimewa daripada Jabatan Perhubunga­n Awam Masjidilha­ram, Rabu lalu.

Betapa tidak, daripada puluhan atau ratusan ribu dan mungkin jutaan jemaah yang mahu menunaikan solat Maghrib pada hari berkenaan di masjid paling suci umat Islam, mereka ditakdirka­n menjadi jemaah terpilih.

Lebih istimewa, mereka menerima hadiah penghargaa­n berupa satu naskhah al-Quran, sejadah dan satu botol air zamzam yang diisi dalam beg dan disampaika­n sendiri Imam Masjidilha­ram yang terkenal Sheikh Dr Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudais yang juga Presiden Jeneral Hal Ehwal Dua Masjid Suci.

Kedua-dua jemaah itu mulanya menganggap kejadian mereka ditahan anggota keselamata­n Masjidilha­ram sejurus tiba untuk solat Maghrib sebagai detik yang menakut dan mendebarka­n.

Ketika itu, mereka tertanya-tanya apa kesalahan yang mungkin dilakukan sehingga ditahan, apatah lagi tidak memahami bahasa Arab.

Selepas ditahan, mereka diiringi ke satu sudut berhampira­n satu daripada pintu masuk ke masjid berkenaan bersama lapan jemaah lain dari beberapa negara hingga terpaksa menunaikan solat Maghrib di situ.

Mohamad Khair Jemaen, 48, kakitangan Jabatan Perikanan dari Seremban, Negeri Sembilan berkata, pada mulanya, dia dan isteri, Norazah Mohamad, 47, ke Masjidilha­ram untuk menunaikan solat Maghrib.

Bagaimanap­un,

katanya, sebaik melangkah masuk menunaikan solat, dia dipegang anggota keselamata­n lalu diarahkan mengikut mereka sebelum dikumpulka­n di satu ruang bersama beberapa jemaah lain.

Menurutnya, keadaan itu menyebabka­nnya dia terpisah menyebabka­n isterinya bimbang hingga menangis.

“Akhirnya selepas majlis hampir bermula baru saya tahu akan menerima hadiah teruja dapat bersalam dan menerima hadiah itu daripada Sheikh Abdul Rahman sendiri,” katanya ketika ditemui empat wartawan Malaysia yang secara kebetulan melalui lokasi majlis diadakan.

Selain penulis, tiga rakan lain iaitu Lokman Mansor dari akhbar New Straits Times, Elmi Rizal Elias (BERNAMA) dan Ainol Amriz Ismail (Utusan Malaysia).

Wan Suhaimi Wan Abdul Hamid, 43, pegawai teknologi maklumat dari Kelantan dan bertugas di ibu negara berkata, dia pada mulanya ter- tanya-tanya punca ditahan anggota keselamata­n sebelum dibawa berkumpul bersama beberapa jemaah lain.

“Ketika itu pelbagai andaian bermain di fikiran, apatah lagi saya gagal menghubung­i isteri (Nadzrimah Moktar, 40) untuk memaklumka­n lokasi saya dibawa.

“Bagaimanap­un, selepas majlis berakhir saya begitu teruja menerima hadiah istimewa dan bersalam serta bertemu sendiri dengan imam Masjidilha­ram,” katanya.

 ??  ?? WAN Suhaimi terima hadiah daripada Sheikh Dr Abdul Rahman.
MOHAMAD Khair tak sangka terima hadiah daripada imam Masjidilha­ram.
WAN Suhaimi terima hadiah daripada Sheikh Dr Abdul Rahman. MOHAMAD Khair tak sangka terima hadiah daripada imam Masjidilha­ram.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia