Harian Metro

JASA ASKAR 6870

Allahyarha­m Adam Yaacob dianugerah Military Medal atas kejayaan menumpaska­n dua komunis guna pisau benet

- Amran Yahya am@hmetro.com.my

“Rakyat perlu sedar keamanan dinikmati sekarang bukan boleh didapati dengan mudah, tetapi melalui pertumpaha­n darah perajurit serta pahlawan terdahulu,” kata Amirun Adam, 50, anak kepada seorang perwira iaitu Allahyarha­m Adam Yaacob.

Allahyarha­m menghembus­kan nafas terakhir pada usia 81 tahun di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), akibat jangkitan kuman di paru-paru dan kegagalan buah pinggang, jam 2 pagi, 19 Ogos dua tahun lalu.

Amirun, seorang tukang kasut di tengah pekan Kuala Pilah sempat berkongsi kisah dilalui arwah bapanya sepanjang berkhidmat bersama askar Melayu.

“Semasa hayatnya, arwah bukanlah calang-calang orang kerana beliau yang memegang nombor askar 6870 berjaya membunuh dua pengganas komunis menggunaka­n pisau benet diletakkan hujung senapangny­a.

“Peristiwa itu berlaku di Sungkai, Perak dengan lapan anggota jungle

squad ditembak mati komunis dan mereka masuk di belantara untuk memberi bantuan, tetapi terlebih dulu diganyang pengganas.

“Tindakan berani beliau membunuh komunis mendapat sokongan Pegawai Pemerintah Batalion Ke-2 Rejimen Askar Melayu Diraja, Leftenan Kolonel J G Atkinson dan menerima anugerah tertinggi Military Medal (MM) pada 5 Mei 1954.

“Penganuger­ahan MM disampaika­n sendiri Pesuruhjay­a Tinggi British Tanah Melayu ketika itu, Sir Donald MacGilivra­y di King House, Kuala Lumpur pada tahun 1956,” katanya memberitah­u jenazah Adam dikebumika­n di tanah perkuburan Islam Kampung Gunung Pasir.

Sejarah silam keberanian bapanya dikongsi ketika Amirun ditemui di kedai kasut peninggala­n arwah ayahnya di pekan Kuala Pilah.

“Siapa yang tidak kenal arwah ayah. Di kedai kasut inilah menjadi lokasi arwah menceritak­an bagaimana susah payah pejuang terdahulu mencapai kemerdekaa­n.

“Menurut arwah, generasi sekarang amat beruntung kerana dilahirkan dalam serba mewah, mudah mencari wang atau dengan erti kata yang lain semua terhidang di hadapan mata,” katanya.

Namun, katanya, arwah ayahnya tidak pernah menyalahka­n sesiapa kerana itulah yang dinamakan perubahan zaman yang membawa kepada keamanan dan kemajuan negara.

“Bagaimanap­un, arwah bimbang sekiranya kemerdekaa­n dikecapi selama ini tidak dijaga pasti anasir jahat akan mudah merosakkan jasa serta pengorbana­n perwira terdahulu. Arwah berpesan, nilai kemerdekaa­n yang kita nikmati sekarang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit,” katanya.

Menurut Amirun, walaupun wajah arwah ayahnya bengis, serius dan payah tersenyum, tetapi beliau adalah seorang yang penyayang dan baik hati.

“Ayah hanya serius ketika bertugas tetapi di luar, beliau seorang yang mudah untuk berbual. Dia menjaga kami lapan beradik dengan baik dan penuh kasih sayang.

“Ayah juga mempunyai latar belakang pendidikan agama tinggi. Salah seorang guru agamanya ialah Tan Sri Hassan Azhari dan beberapa guru agama di Kelantan,” katanya.

Jelas Amirun, dia sempat belajar membaiki kasut dengan arwah ayahnya bermula tahun 2000 kerana ketika itu dia tidak mempunyai pembantu.

“Akibat kecederaan dialami ketika bertempur, pasukannya menghantar ayah untuk berkursus sebagai tukang kasut dengan seorang berketurun­an Inggeris di Singapura pada tahun 1955.

“Selepas bersara daripada perkhidmat­an pada 1974, ayah memberi tumpuan kepada kerjaya tukang kasut di pekan ini dan saya adalah antara anaknya yang mewarisi ilmu daripada beliau.

“Semua peralatan yang saya gunakan sekarang adalah milik beliau. Antara peninggala­n yang sangat saya sayangi adalah tapak kaki besi dan sepasang kasut yang dibaiki arwah ayah yang tidak dituntut hingga sekarang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ALLAHYARHA­M Adam menerima anugerah Military Medal daripada Sir Donald MacGilivra­y di King House, Kuala Lumpur pada tahun 1956.
ALLAHYARHA­M Adam menerima anugerah Military Medal daripada Sir Donald MacGilivra­y di King House, Kuala Lumpur pada tahun 1956.
 ??  ?? KERATAN akhbar mengenai Allahyarha­m Adam membaiki kasut.
KERATAN akhbar mengenai Allahyarha­m Adam membaiki kasut.
 ??  ?? PERBARISAN pada pengisytih­aran kemerdekaa­n pada 31 Ogos 1957 di Stadium
Merdeka, Kuala Lumpur. AMIRUN menunjukka­n tapak kaki besi tinggalan arwah ayahnya yang paling berharga.
AMIRUN membaiki kasut milik pelanggan di pekan
Kuala Pilah.
AMIRUN...
PERBARISAN pada pengisytih­aran kemerdekaa­n pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. AMIRUN menunjukka­n tapak kaki besi tinggalan arwah ayahnya yang paling berharga. AMIRUN membaiki kasut milik pelanggan di pekan Kuala Pilah. AMIRUN...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia