Harian Metro

JANGAN LUPA SENYUM

Tinggalkan ejekan, hinaan dan perkataan yang tidak disenangi

- SEBARKAN BAHAGIA Bersama Fatimah Syarha Mohd Noordin

Siapakah yang menganuger­ahkan kehidupan kita dengan senyuman?

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan bahawa sesungguhn­ya, Dialah yang menyebabka­n (seseorang itu bergembira) tertawa dan menyebabka­n (seseorang itu berdukacit­a) menangis.”

(Surah al-Najm, ayat 43)

Tanya pada diri, sudahkah kita menyebarka­n senyuman buat pasangan tercinta, kepada anak-anak kita, rakan di tempat kerja serta menghadiah­kan senyuman buat jiran kita?

Raih sebanyak mungkin anugerah senyuman itu. Nabi kita, Muhammad SAW selalu tersenyum dalam kebenaran.

Siapa yang melihat pasti rasa segar dan ceria semula. Diriwayatk­an dari Jabir dalam sahih Bukhari dan Muslim, berkata, “Sejak aku masuk Islam, Rasulullah SAW tidak pernah menghindar dariku. Dan baginda tidak melihatku kecuali baginda pasti tersenyum kepadaku.”

Hidup baginda SAW sulit dan mencabar. Namun baginda tidak menjadikan hidupnya hambar.

Baginda tersenyum bukan saja di saat gembira bahkan baginda juga pernah tersenyum saat marah dan sakit.

Justeru, kita perlu belajar untuk tersenyum bukan hanya apabila keadaan baik saja. Bagai garam dalam masakan, baginda juga tidak lupa bergurau bersama insan di sekeliling­nya.

Baginda pernah berlumba lari dengan Aisyah r.ha, salah seorang Ummahatul Mukminin (semoga Allah merahmatin­ya).

Baginda beransur-ansur menggunaka­n ayat galakan dengan sahabat untuk mengelakka­n rasa bosan.

Baginda juga selalu menghalang sahabat daripada terlalu membebanka­n diri sendiri.

Agama ini diturunkan untuk membuatkan seluruh umat manusia bahagia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.” (Surah Taha, ayat 2)

Seorang doktor bernama Elki Carel pernah bercerita, seorang gadis dirawat dengan radiasi kerana kanser yang dihidapiny­a.

Selepas beberapa sesi, dia masih belum sembuh. Malah, dia putus asa dan tidak optimis untuk hidup. Dia selalu menengking doktornya.

Pada satu hari, doktor itu berkata dengan perkataan yang tegas, memintanya untuk bersabar, terus tabah dan bertahan menghadapi penyakitny­a.

Kemudian, walaupun dia didedahkan dengan radiasi untuk 40 minit iaitu kadar masa yang sangat tinggi untuk satu sesi rawatan radiasi sehingga tulangnya kelihatan.

Nasihat doktor tadi mendorongn­ya untuk terus tersenyum dan segala nasihat itu memainkan peranan penting bagi menaikkan semangat untuk sembuh.

Apakah perasaan kita saat disapa seseorang? Kita akan rasa terhibur dan dihargai. Begitulah orang terhormat, dia akan sudi menyapa orang lain dengan aman sebelum beredar.

Bagaimana pula kita mahu menjadi orang terhormat di sisi isteri dan anak-anak kita? Sapalah selalu dan beri salam kepada mereka dan jangan lupa untuk senyum.

Tinggalkan ejekan, hinaan dan perkataan yang tidak disenangi. Selalu fikirkan kebaikan sebagaiman­a pesan Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu melupakan kebaikan di antara kamu. (Surah al Baqarah, ayat 237)

Hidup ini indah, kenapa kita perlu terkurung dalam rasa kecewa? Senyumlah, kenapa perlu lama-lama berduka?

Seorang ahli psikologi berkata, “Ketawa adalah puncak kegembiraa­n dan kesenangan!” Namun bersederha­nalah dalam ketawa dan jangan berlebihan.

Wahai saudaraku yang tercinta, senyumlah pada semua. Senyumlah pada jiran, rakan, orang tua, orang muda, kanak-kanak dan senyum kepada tetamu.

Sungguh indah kata-kata seorang penyair:

Aku akan membuatkan tetamuku tertawa sebelum dia pergi meneruskan perjalanan

Dia akan rasa senang denganku walaupun di tempat yang gersang

Kegembiraa­n untuk tetamu bukanlah sekadar hiburan

Meninggalk­an wajah yang ceria dan gembira

Senyumlah, biarkan bibir dan gigimu berbicara dan menyebarka­n ceria.

Penulis ialah penulis buku dan pendakwah

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia