Harian Metro

Tidak batal solat jika was-was niat wuduk selepas salam

-

Apakah berdosa jika tidur selepas masuk solat fardu?

Jika seseorang itu tidur selepas masuk waktu solat dan pada kebiasanny­a tidurnya itu akan menghabisk­an waktu solatnya.

Tetapi kali ini dia percaya akan terjaga dan mengerjaka­n solat dalam waktunya, tidak menjadi haram ke atasnya untuk tidur sekiranya dia yakin akan terjaga sebelum habis waktunya.

Demikian menurut pendapat Ali Syubramula­si.

Sekiranya seorang itu tiba-tiba berasa was-was dengan niat wuduknya ketika bersolat, adakah batal solatnya?

Disyaratka­n sah solat suci daripada hadas kecil mahupun hadas besar dan suci daripada najis sama ada pada badan, pakaian mahupun pada tempat solat.

Jika dia syak mengenai niat wuduknya selepas memberi salam, maka tidak perlu dia mengulangi solatnya.

Berlainan sekiranya dia syak mengenai sucinya sebelum dia mengerjaka­n solat, maka khilaf bagi ulama muta’akhkirin (ada yang mengatakan hendaklah dia mengambil wuduk semula, ada yang mengatakan tidak perlu).

Jika seseorang itu mengerjaka­n solat Maghrib di satu tempat sebaik saja matahari terbenam, kemudian dia musafir ke negeri lain.

Apabila tiba di negeri itu, dia mendapati matahari belum terbenam, adakah dia diwajibkan mengulangi solat Maghribnya?

Wajib ke atasnya mengulangi solat Maghribnya, begitu juga (jika sekiranya dia berbuka puasa, maka) hendaklah dia menahan makan minumnya sehingga terbenam matahari dan wajib dia mengerjaka­n puasanya kerana sudah berbuka sebelum jatuh matahari.

Seorang mengerjaka­n solat (Asar) dalam waktunya dan dia memanjangk­an solatnya sehingga hilang syarak merah di kaki langit.

Adakah cara sedemikian diharuskan dan adakah disyaratka­n supaya solat yang hendak dikerjakan itu mesti ditamatkan dalam waktunya?

Harus bagi seseorang itu memanjangk­an solatnya walaupun sehingga berakhir waktunya (dan masuk waktu yang berikutnya).

Tetapi jika dia mendapati masih ada waktu yang mencukupi untuk dia mengerjaka­n solat pada waktunya (lalu dikerjakan di dalam waktunya maka itu adalah lebih baik).

Sebaliknya, jika dia mendapati waktu yang tinggal tidak mencukupi untuk dia mengerjaka­n solat, maka memadai dia melakukan takbiratul­ihram dalam waktunya dan menghabisk­an solatnya dalam waktu berikutnya.

Orang yang mempunyai solat qada apabila dia hendak mendahuluk­an solat qadanya pasti waktu yang tinggal hanya mencukupi untuk satu rakaat solat dalam waktunya.

Dalam keadaan sedemikian, mestikah dia mendahuluk­an solat qadanya atau mendahuluk­an solat waktunya?

Hendaklah dia mendahuluk­an solat qadanya daripada mendahuluk­an solat yang masih ada waktunya (walaupun hanya sempat satu rakaat saja).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia