Harian Metro

PULIHARA SERANGGA PUPUS

Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka pastikan spesies terancam terus terpelihar­a

- Salman Hamat salman@hmetro.com.my

Sejak dibuka lebih 26 tahun lalu, kakitangan Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka, Ayer Keroh, di sini, tidak pernah mengalah sebaliknya sentiasa bekerja keras bagi memastikan rama-rama yang terkenal dengan kecantikan pada corak kepaknya itu sentiasa berterbang­an, sekali gus memberikan ketenangan kepada pengunjung yang singgah.

Lokasi seluas 4.45 hektar di pinggir hutan itu secara amnya boleh dianggap sebagai santuari rama-rama, serangga dan reptilia yang kini tanpa disedari semakin diancam kepupusan akibat sikap tamak manusia dan pembanguna­n tidak mengambil kira hidupan alam lain.

Pengarah Urusan Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka Gerard Wong berkata, mereka lebih selesa dikenali sebagai santuari rama-rama dan serangga kerana melindungi pelbagai spesies serangga kini sedang diancam kepupusan.

Beliau berkata, akibat kurangnya kempen mengenai serangga itu tidak dinafikan ramai dalam kalangan rakyat negara ini tidak mengetahui spesies rama-rama Rajah

Brook’s birdwing rama-rama kebangsaan Malaysia.

“Kami sebenarnya berjuang memulihara rama-rama daripada terus pupus, hasil pemerhatia­n kami lakukan mendapati jumlah serangga itu yang banyak khasnya di tanah tinggi Cameron Highlands, Pahang kini semakin berkuranga­n.

“Semuanya disebabkan penerokaan tanah tanah tanpa kawalan yang secara tidak

langsung menyebabka­n pokok seperti aristoloch­ia tagala, aristoloch­ia foveolata, citrus

maxima, rutaceae, citrus aurantifol­ia dan adenia macrophyll­a menjadi habitat dan sumber makanan rama-rama ini mati dan semakin jarang ditemui.

“Kajian juga mendapati spesies rama-rama sebelum ini boleh ditemui di Malaysia dan Singapura sudah pupus di republik itu.

“Jika dibiarkan Malaysia juga akan kehilangan spesies berkenaan dan paling merugikan

hidupan itu tidak boleh lagi diganti dan hilang buat selama-lamanya,” katanya Gerard berkata, selain selain rama-rama

Rajah Brook’s birdwing atau nama saintifikn­ya Trogonopte­ra serangga unik danterbesa­r temiga timeterban­g patan badakiaitu juga kumbangbol­eh semakin membesar 12 senitemui.tandukjara­ng dit tigatau kumsehingg­a

Menurutnya, kepupusan serangga itu bukemusnah­an kan setakat disebabkan oleh k habitat malah sebaliknya dibu uru oleh pedagang serangga yang hanya tahu mengaut keuntungan tanpa menghargai khazanah

Kami sebenarnya berjuang memulihara rama-rama daripada terus pupus, hasil pemerhatia­n kami lakukan mendapati jumlah serangga itu yang banyak khasnya di tanah tinggi Cameron Highlands, Pahang kini semakin berkuranga­n”

Gerard Wong

alam itu.

“Serangga itu dianggap eksotik, namun bagi saya tidak adil dan kejam kalau kumbang atau mana-mana serangga yang masih hidup ditangkap semata-mata untuk diawetkan dan dipamer sebagai koleksi bagi memuaskan hati seorang individu saja.

“Proses membiak kumbang kami jalankan mengambil masa 18 bulan dan ia belum tentu membuahkan hasil, namun untuk membunuhny­a dalam sekelip mata saja.

“Jadi kami anjurkan banyak program kesedaran untuk beritahu orang ramai betapa ruginya kita kalau serangga ini sudah pupus,” katanya.

Menjelaska­n mengenai taman itu beliau berkata, pihaknya membiakkan lebih 200,000 ekor rama-rama pelbagai spesies setiap tahun, bukan saja bertujuan sebagai daya penarik kepada pengunjung sebaliknya berharap ia akan membiak secara semula jadi.

Secara purata, setiap bulan taman itu membiakkan antara 16,000 hingga 17,000 pelbagai spesies rama-rama menggunaka­n kepakaran sendiri hasil daripada penyelidik­an dijalankan oleh 30 kakitangan­nya.

Selain menjalanka­n penyelidik­an dan usaha konservasi Gerard berharap, agensi berkaitan menganjurk­an lebih banyak program meningkatk­an lagi kesedaran dalam kalangan orang ramai mengenai pentingnya rama-rama dan serangga lain dalam rantaian alam.

“Diharapkan lebih banyak serangga akan dilindungi dengan penguatkua­saan jika ada akta baru mengenakan hukuman lebih tegas digubal.

“Setakat ini, hanya rama-rama Rajah

Brook’s birdwing dilindungi Akta Perlindung­an Hidupan Liar 2010.

“Menerusi akta itu pihak menjual atau membeli rama-rama Rajah Brook’s birdwing mati yang sudah diawetkan untuk disimpan sebagai koleksi juga perlu memiliki lesen sah daripada pihak berkuasa.

“Kalau lebih banyak serangga dilindungi ia akan membantu meningkatk­an lagi jumlah populasiny­a, pada masa sama kami akan meneruskan usaha konservasi dan pembiakan serangga terancam ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? EKSEKUTIF Makmal & Hidupan Liar Taman Rama-rama dan Reptilia, Norashyiki­n Zainudin memberi nektar tiruan bagi mengganti nektar bunga untuk makanan spesies rama-rama selepas berjaya dalam program konservasi pembiakan.
EKSEKUTIF Makmal & Hidupan Liar Taman Rama-rama dan Reptilia, Norashyiki­n Zainudin memberi nektar tiruan bagi mengganti nektar bunga untuk makanan spesies rama-rama selepas berjaya dalam program konservasi pembiakan.
 ??  ??
 ??  ?? CARA nektar tiruan diisi bagi mengganti nektar bunga untuk makanan rama-rama.
CARA nektar tiruan diisi bagi mengganti nektar bunga untuk makanan rama-rama.
 ??  ??
 ??  ?? POKOK Aganosma Corymbosa yang menjadi rantai makanan spesies rama-rama terbesar di dunia iaitu Idea Lynceus.
POKOK Aganosma Corymbosa yang menjadi rantai makanan spesies rama-rama terbesar di dunia iaitu Idea Lynceus.
 ??  ?? PENYELIA makmal Hamizah Husin menunjukka­n ulat beluncas.
PENYELIA makmal Hamizah Husin menunjukka­n ulat beluncas.
 ??  ?? PEMBANTU Makmal Norshahier­almaizal Semail menunjukka­n Kumbang Tanduk.
PEMBANTU Makmal Norshahier­almaizal Semail menunjukka­n Kumbang Tanduk.
 ??  ?? PEKERJA makmal pembiakan menunjukka­n telur rama-rama.
PEKERJA makmal pembiakan menunjukka­n telur rama-rama.
 ??  ?? PETUGAS makmal pembiakkan rama-rama, Humairah Hashim mensterilk­an telur rama-rama.
PETUGAS makmal pembiakkan rama-rama, Humairah Hashim mensterilk­an telur rama-rama.
 ??  ?? LARVA berumur 13 bulan dan akan jadi kumbang.
LARVA berumur 13 bulan dan akan jadi kumbang.
 ??  ?? GERARD menunjukka­n
tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk membuat Terarium
Rimba.
GERARD menunjukka­n tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk membuat Terarium Rimba.
 ??  ?? PROSES mengawan rama-rama.
PROSES mengawan rama-rama.
 ??  ?? BELALANG dipanggil Tonggeret Kepala Naga.
BELALANG dipanggil Tonggeret Kepala Naga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia