Harian Metro

KAWAN JADI BATU API

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

 Fateen, Adam bercerai sejak Mei lalu

Teka-teki mengenai hubungan pasangan pelakon Fateen Afeefa dan Adam Shaz terjawab apabila Fateen mengesahka­n mereka sudah bercerai sejak Mei lalu.

Fateen, 23, berkata, perceraian itu berlaku bukan disebabkan kehadiran orang ketiga sebaliknya

Kuala Lumpur: kerana mereka sudah tidak ada persefaham­an.

“Sebelum ini ramai bertanya mengenai perkara ini, tetapi kami belum bersedia nak berkongsi, malah jauh sekali nak menipu.

“Sekarang emosi kami sudah stabil, jadi tak salah jika saya mengakuiny­a. Lagipun saya dan Adam sudah memulakan hidup baru. Bagaimanap­un, hubungan kami masih baik demi dua anak,” katanya kepada Harian Metro.

Fateen yang juga pelakon filem Tentang Bulan mengakui sudah tidak tinggal sebumbung dengan Adam sejak Januari lalu.

Pada masa sama,

Fateen tidak menafikan faktor tersalah pilih kawan antara punca dia dan Adam bercerai.

“Apabila berlaku perselisih­an faham di antara kami, ada kawan yang menghasut suruh bercerai. Depan saya cakap lain, tetapi apabila dengan Adam dia memburukka­n saya. Begitu juga sebaliknya.

“Lama-kelamaan perkara itu menjadi satu masalah besar sehinggala­h kami bergaduh. Apabila jadi seperti ini, saya mengaku salah kerana termakan hasutan kawan,” katanya.

 ??  ?? FATEEN Afeefa
ADAM
FATEEN Afeefa ADAM
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia