Harian Metro

HANTARAN TAK SAMPAI

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@hmetro.com.my

Impian seorang juruelektr­ik melangsung­kan perkahwina­nnya November ini tidak kesampaian apabila dia dan ibunya maut dalam kemalangan apabila kereta dinaiki bertembung sebuah treler di Kilometer 63.3, Lebuhraya Desaru-Senai, di sini, semalam.

Dalam kejadian 6.45 pagi itu, Amiruddin Mohamad, 25, dan ibunya, Awa Ismail, 68, meninggal dunia di tempat kejadian apabila kereta Proton Gen.2 dipandunya bertembung sebuah treler yang memasuki laluannya.

Menurut bapa mangsa, Mohamed Lajis, 69, yang turut cedera di tangan kiri akibat kemalangan itu, kejadian berlaku ketika mereka bertiga dalam perjalanan menghantar wang hantaran kepada tunang Amiruddin di Melaka.

Mohamed berkata, mereka ke rumah keluarga bakal isteri Amiruddin yang juga anak bongsu daripada sembilan beradik itu untuk menghantar bagi RM5,000 wang hantaran untuk majlis perkahwina­n pada November ini.

“Dua tiga hari ini hati saya agak berat untuk bersama menghantar wang hantaran itu, namun atas permintaan anak saya menuruti kehendakny­a dan kami bergerak dari rumah di Felda Sungai Mas pada jam 6 pagi tadi (semalam).

“Sebaik keluar dari tol Desaru-Senai, saya lihat sebuah treler memasuki jalan kami dan ketika itu saya sempat beritahu anak supaya mengelak ke kiri. Namun kejadian berlaku terlalu pantas sebaik bertembung, kenderaan kami berpusing beberapa kali sebelum masuk ke dalam longkang,” katanya.

Mohamad Lajis berkata, dia terselamat dan hanya cedera ringan di tangan kanan kerana treler berkenaan tidak merempuh bahagian penumpang.

“Sejurus kemudian, saya

 Juruelektr­ik, ibu maut dalam perjalanan hantar duit majlis kahwin

lihat Amiruddin dalam keadaan berlumuran darah namun saya sempat memangkuny­a dan mengajar mengucap dua kalimah syahadah namun tiada tindak balas.

“Selepas itu, saya ke belakang pula melihat keadaan isteri dan sempat mengajarny­a mengucap dua kalimah syahadah, namun keadaannya parah akibat terkena cermin kereta.

“Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan sempat melaungkan azan sambil berharap isteri dan anak selamat. Namun, Allah lebih menyayangi mereka,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT), semalam.

Menurut Mohamed, Amiruddin yang bekerja di Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) Pengerang dan sudah membuat semua persiapan untuk majlis perkahwina­nnya termasuk dokumentas­i dan kad jemputan.

Jenazah Amiruddin dan Awa dikebumika­n dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Felda Sungai Mas petang semalam.

 ??  ?? KEADAAN kereta Amiruddin
(gambar kecil) selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Desaru-Senai,
semalam.
KEADAAN kereta Amiruddin (gambar kecil) selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Desaru-Senai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia