Harian Metro

SERBU 6 LOKASI

- Mohd Hanafis Abd Haris hanafis@hmetro.com.my

 Enam ditahan sebar kenyataan daging kambing bercampur babi

Suruhanjay­a Komunikasi dan Media Malaysia (SKMM) menahan enam individu dalam enam serbuan berasingan tengah hari semalam selepas didakwa menyebarka­n kenyataan palsu kononnya terdapat 74 kontena membawa masuk daging kambing bercampur daging babi ke Malaysia.

Berita yang dimuat naik di beberapa laman Facebook (FB) itu mendakwa 74 kontena berisi daging babi terlepas daripada pemeriksaa­n Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia (MAQIS) di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor, 17 Julai lalu.

Ketua Bahagian Penguatkua­saan dan Siasatan SKMM Datuk Mohd Shafie Harun berkata, bertindak hasil maklumat orang awam, SKMM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) kemudian melakukan serbuan di enam lokasi termasuk di Pendang, Kedah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan empat di Selangor iaitu Hulu Langat, Kapar, Puchong dan Seri Kembangan.

“Siasatan awal mendapati empat wanita dan dua lelaki berusia antara 20-an hingga 40-an yang ditahan adalah pentadbir laman FB yang bertanggun­gjawab menyebarka­n berita palsu berkenaan.

“Semua individu ini kemudian diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berhampira­n lokasi mereka ditahan selain telefon pintar turut dirampas,” katanya ketika ditemui di IPD Kajang, semalam.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntu­kkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, MAQIS menerusi kenyataan dibuat di portal sebenarnya.my sebelum ini turut menafikan berita tular terbabit.

Ketua Pengarah MAQIS Datuk Mokhtarudd­in Husain berkata, hanya empat kontena yang dirampas di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor baru-baru ini dan hanya satu daripadany­a bercampur antara daging babi dan kambing.

“Tiga yang lain memalsukan dokumen pengisytih­aran kemasukan kerana mengimport daging daripada Sepanyol dan Brazil kerana seharusnya semua daging adalah diimport daripada Australia,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia