Harian Metro

KONGSI TEKNOLOGI

Proton, Geely dan Volvo Cars tandatanga­n perjanjian hasil kenderaan jenama Lynk & Co

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin anbia@hmetro.com.my

Rakan kongsi strategik Proton Holdings Bhd (Proton), Zhejiang Geely Holding Group (Geely Holding) dan Volvo Cars menandatan­gani perjanjian bersama bagi perkongsia­n strategik, teknologi automotif dan pembanguna­n masa hadapan jenama kenderaan baru Lynk & Co yang diperkenal­kan, di sini, semalam.

Perjanjian yang dimeterai di Institut Penyelidik­an Geely (GRI), di sini, membabitka­n penubuhan sebuah syarikat baru GV Technology (Ningbo) Co Ltd yang akan dimiliki bersama Volvo Cars

dan Geely Holding bagi membolehka­n teknologi kenderaan antaranya rekaan platform dan pembanguna­n teknologi enjin atau transmisi dikongsi semua syarikat automotif dinaungi Geely Holding.

Ketua Pegawai Eksekutif Volvo Cars Asia Pasific, Lars Denielson yang dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif GV Technology berkata, pihaknya tidak menolak kemungkina­n teknologi dihasilkan syarikat itu turut boleh digunakan untuk produk keluaran Proton.

Beliau berkata, langkah itu mampu membuka peluang kepada Proton menghasilk­an produk berkualiti bagi pasaran negara serta membolehka­n Proton mendapatka­n teknologi terkini yang lebih kompetitif di peringkat global.

“Kemampuan GV Technology dibuktikan melalui penghasila­n kenderaan SUV baru di bawah jenama Lynk & Co yang turut dipertonto­nkan pertama kali kepada umum.

“Kenderaan dengan pelbagai keupayaan ini bakal dijual untuk pasaran China pada November hadapan namun harga SUV berkenaan masih dirahsiaka­n,” katanya kepada rombongan media yang melawat kilang Geely, di sini, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Geely Holding, Li Shufu berkata, usaha sama itu akan mewujudkan nilai yang penting bagi jenama automotif baru itu dan model Geely yang lain.

Menurutnya, GV Technology akan dimiliki secara bersama oleh Geely Auto (HK 0175), Geely Holding dan Volvo Cars di bawah struktur nisbah pegangan saham 50:20:30 peratus. Dalam pada tu, Naib Presiden Lynk & Co, Alain Visser berkata, kedua-dua usaha sama itu membantu Lynk & Co untuk mengeluark­an produknya dengan lebih premium, inovatif, berkualiti tinggi dan pada masa sama mengekalka­n identiti jenama, kedudukan dan model perniagaan yang unik.

Geely Holding Group adalah sebuah kumpulan automotif global yang memiliki beberapa jenama automotif antarabang­sa terkenal dengan operasi merangkumi rantaian nilai automotif, dari penyelidik­an, pembanguna­n dan reka bentuk hingga kepada pengeluara­n, penjualan dan servis.

Ditubuhkan pada 1986 oleh Pengerusi syarikat, Li Shufu di bandar Taizhou di wilayah Zhejiang China, Geely Holding melancarka­n perniagaan automotifn­ya pada 1997 dan kini beribu pejabat di Hangzhou, China.

Syarikat itu membabitka­n tiga perniagaan iaitu Geely Automobile Group, Volvo Car Group dan Geely Commercial Vehicles Company. Jenamanya termasuk Geely Auto, Lynk & Co, Volvo Car, Polestar, London Taxi Company dan Yuan Cheng Auto.

Geely Holding sudah menjual 1.3 juta kenderaan pada tahun lalu, dengan pencapaian rekod jualan kereta tertinggi 534,332 unit dalam sejarah Volvo yang secara langsung meningkatk­an penjualan Geely Auto Group melebihi 50 peratus untuk mencapai jumlah keseluruha­n 765,851 unit melebihi sasaran syarikat.

 ??  ?? KENDERAAN SUV Lynk & Co yang diperkenal­kan kepada umum.
KENDERAAN SUV Lynk & Co yang diperkenal­kan kepada umum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia