Harian Metro

‘MUNGKIN KERJA STAF’

- Fuad Hadinata Yaacob hadinata@hmetro.com.my

Dua kereta ketua penguat kuasa JPJ KL disimbah cat

merah

“Sepanjang 35 tahun bertugas sebagai pegawai penguat kuasa, kejadian ini kali pertama berlaku terhadap saya sekeluarga dan mengesyaki perbuatan khianat ini mungkin dilakukan dalam kalangan kakitangan juga,” kata Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Adenan Md Isa.

Dalam kejadian jam 5 pagi Sabtu lalu di rumahnya di Seksyen 20, dekat sini, ruang parkir serta dua kenderaan Proton Waja dan Proton Exora disimbah cat merah.

Adenan, 53, berkata, ketika kejadian, beliau sekeluarga sedang tidur sebelum dikejutkan jiran yang menghubung­inya jam 5.30 pagi.

Menurutnya, jiran berkenaan yang dalam perjalanan ke surau berdekatan untuk menunaikan solat Subuh mendapati ruang parkir dan dua kereta miliknya disimbah cat merah.

“Kereta Proton Waja yang diletakkan di luar pagar rumah disimbah cat dari but belakang hingga ke cermin depan manakala Proton Exora yang di ruang parkir pula dipenuhi cat,” katanya.

Beliau yang bertukar dari JPJ Selangor ke JPJ Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur sejak sembilan bulan lalu, berkata, dia terpaksa mengeluark­an RM3,500 untuk kos pembersiha­n cat bagi kedua-dua kenderaann­ya itu.

Katanya, sepanjang bertugas dengan agensi penguat kuasaan itu, beliau tidak mempunyai musuh sama ada ceti haram atau along mahupun tonto.

“Isteri dan anak juga tidak mempunyai musuh termasuk dengan along dan saya syak ada unsur tidak puas hati dalam kalangan kakitangan (JPJ) atau ia membabitka­n soal persaingan dalam kerja.

“Kejadian ini seolah-olah mahu memberi amaran kepada saya kerana cara kerja saya agak agresif selama ini,” katanya yang menyatakan tidak menerima sebarang ugutan atau ancaman sebelum ini.

Beliau membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada hari kejadian.

 ??  ?? DUA kereta milik Adenan disimbah cat merah dalam kejadian Sabtu lalu.
DUA kereta milik Adenan disimbah cat merah dalam kejadian Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia